Anwar bakal dibakul sampah kan? |
Nak kata orang UMNO rajin edarkan vcd seks Anwar, rasanya tidak. Malah sekarang ni, jika ada ceramah Pas dan puak Pakatan yang lain, pasti ada kumpulan yang mengedarkan vcd lucah Anwar. Takkan orang UMNO nak pergi mengedar kat ceramah Pas? Kalau orang UMNO edar vcd seks Anwar kat ceramah Pas, takkan unit Amal Pas tak nampak? tak tangkap?
Tak mungkin orang UMNO yang buat. Pasti ada gerakan sulit yang merancang untuk mencabar pengaruh Anwar, sekaligus menjatuhnya.
Bahkan vcd Anwar kini bersepah di kedai-kedai vcd cetak rompak, yang sememangnya kini dikuasai oleh kaum cina (lebih menjurus kepada Dap). Jika kita lihat dalam internet tak berapa nak clear gambarnya. Tapi apa yang ada dipasaran sekarang ni, vcdnya lebih clear dari biasa yang kita lihat.
Siapa yang bekalkan vcd pada peniaga-peniaga cina ni? Takkan orang UMNO jugak?
Apakah kesempatan ini digunakan oleh orang dalam Pakatan sendiri untuk menumbangkan Anwar secara diam-diam? Tapi pihak mana yang mahu menumbangkan Anwar? Dap, Pas atau Pkr?
Pkr mungkin tidak. Sebab Azizah kering masih lagi jadi Presiden. Mungkin ada sepakatan diantara Dap dan Pas untuk menjatuhkan ketua dari Pkr dan memilih diantara mereka sebagai ketua umum yang baru.
Wahh.. keadaan semakin panas. Mc tak sabar nak tengok langkah seterusnya.
Apa yang pasti, Anwar dalam bahaya, bukan dari UMNO tapi dari dalam Pakatan sendiri.
Kuasa tetap kuasa, si tamak akan rampas pada si tolol.
McTheory:
Kita tak payah buat apa-apa just wait and see,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan