Isnin, 13 Jun 2011

KASI PANAS!! SIAPA DALANG PEMECATAN HASSAN ALI!!



Memang sangat mengejutkan apabila Pas menyingkirkan Hasan Ali sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor. Bukan setakat Hasan Ali saja yang digugurkan, Harun Taib juga menjadi mangsa digugurkan dari jawatan Pesuruhjaya Pas Terengganu. Saya tidak apa yang sedang melanda Pas sehingga tergamak menyingkirkan kedua-dua pemimpin yang banyak berjasa kepada Pas itu.

Di Selangor, siapa yang tidak kenal dengan Hasan Ali? Sebenarnya, Hasan Ali boleh dikategorikan sebagai “bapa Pas Selangor”. Hasan Ali boleh dikatakan sebagai individu yang bertanggungjawab membawa Pas menembusi beberapa DUN di Selangor. Malah, tidak melampau rasanya jika saya katakan bahawa sekiranya tidak kerana usaha Hasan Ali, takkan menang Khalid Samad di Shah Alam!

Namun, segala usaha yang dilakukan oleh Hasan Ali nampaknya tidak dihargai oleh Pas, khususnya kepimpinan baru Pas Pusat. Apakah ini angkara “abang Mat”? Mahfuz? Salahuddin? Atau Husam? Atau Hadi terpaksa gugurkan Hasan Ali kerana desakan luar? Siapa? DAP? PKR? Atau Khalid Samad yang sememangnya seorang sosialis yang kurang senang dengan Hasan Ali?


Desas desus yang saya dengar, “pemecatan” Hasan Ali ini disebabkan atas beberapa faktor. Antaranya ialah kesan pertelingkahannya dengan Ronnie Liu ekoran kes “rampasan arak” yang terpaksa dikembalikan setelah diherdik oleh ADUN Pandamaran itu. Kecoh juga ketika itu. Khabarnya, Khalid Samad ketika itu cuba tunjuk hero dengan menyebelahi Ronnie Liu.

Ketika itu, teruk juga Hasan Ali di”belasah” oleh ahli-ahli Pas Selangor kerana dilihat gagal mempertahankan tindakannya merampas arak berkenaan. Namun, mungkin atas arahan “orang atasan” Pas, maka dia terpaksa memulangkan arak tersebut. Tak tahulah “orang atasan” yang mana satu, sama ada dari dalam Pas, atau PKR melalui “proksi”nya di dalam Pas sendiri.

Bukan setakat itu saja, dikhabarkan juga bahawa berkemungkinan besar Hasan Ali digugurkan kerana menyokong Kerajaan Perpaduan! Pada saya, alasan ini lebih konkrit. Sumber memberitahu bahawa tindakan Hasan Ali yang sering bertemu pemimpin UMNO dan menyokong penubuhan kerajaan perpaduan di Selangor menyebabkan dia tidak disenangi, terutamanya oleh Nik Aziz!

Pada saya, mungkin Nik Aziz tidak tahu “kesusahan” Hasan Ali apabila membentuk kerajaan campuran dengan DAP dan PKR. Makan hati berulam jantung! Semua dasar Pas diketepikan begitu saja. Setiap keputusan diputuskan oleh PKR dengan arahan DAP sahaja. Pas jadi bisu di Selangor! Dan yang paling memeritkan, Hasan Ali dipersalahkan. Bukan saja menjadi “punching bag” kepada blogger-blogger Selangor, Hasan Ali juga berdepan dengan “rampasan kuasa” dari dalam Pas Selangor sendiri.

Kelemahan itulah yang menjadi “duri dalam daging” Hasan Ali. Nik Aziz apa tahu? Dia bolehlah bersenang lenang dengan dasarnya yang lembab di Kelantan, tak siapa nak marah sebab Pas yang memerintah. Nik Aziz ada apa tahu tentang apa yang Hasan Ali rasa. Teruk dia di”keldai”kan oleh DAP dan PKR!

Jika difikirkan, penyingkiran Harun Taib juga mungkin ada kena mengena dengan saranan kerajaan perpaduan. Menurut sumber, Harun Taib yang merupakan Ketua Dewan Ulama, sememangnya pro-kerajaan perpaduan. Dia merupakan sahabat baik kepada Hadi Awang dan merupaka pelindung utama kepada Nasharudin Mat Isa ketika teruk di”balun” kerana mencadang kerajaan perpaduan pada Muktamar Pas sebelum ini.

Kali ini, dengan Harun Taib sekali pun kena buang begitu saja. Begitulah penangan puak-puak Anwar di dalam Pas. Mungkin ini bukan kerja Mat Sabu. Mat Sabu rasanya tak sampai hati nak buat begitu pada Hasan Ali dan Harun Taib. Mungkin ini kerja seorang yang lebih besar kuasanya dari Presiden! Mungkin..mungkin..mungkin..mungkin “dia”….

MyKMU

McTheory:
Siapa lagi kalau bukan si Mat Sabun tu!

Tiada ulasan: