Ahad, 24 Julai 2011

KASI PANAS!! PEMBONGKARAN PENIPUAN DEMI PENIPUAN!!


Video cctv di Avanue K.. menunjukkan walaupun polis menyuraikan perhimpunan. Namun hanya secara lisan.. belum lagi mengunakan kekerasan ataupun tembakan gas pemedih mata.

Nampak sangat puak Pakatan haram makin lama-makin kantoi penipuan mereka..

McTheory:
Puak ni memang dajal di Malaysia..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BERSHIT ni jenis manusia tak mengenang budi.. kutuk polis dan kerajaan, tapi bila sakit komplain pula polis tak kasi bantuan dan ambulan lambat..

Dah cari masalah, tak pasal2 mati katak..Nak gembirakan keluarga PAS tukar jadi mati syahid..Gila punya fatwa..

Tanpa Nama berkata...

Marilah sama-sama kita belajar berfikir sejenak dengan tenang, adil dan saksama tanpa sebarang buruk sangka dan prejudis.

Perhimpunan BERSIH itu halal ke haram? Kalau ikut hukum parti atau puak sendiri tentu semuanya halal.

Ada dapat permit ke daripada pihak polis untuk berhimpun? Negara kita kan ada undang-undang. Rukun negara kita untuk budak-budak sekolah sahaja ke?

Jadi sesiapa yang menyertai perhimpunan tanpa permit itu telah melanggar undang-undang negara dan telah melakukan kesalahan.

Amaran juga telah dikeluarkan oleh pihak-pihak berkuasa termasuk pihak PDRM. Betul tak?

Para peguam yang ada janganlah jadi seperti ahli-ahli silap mata pula. Suka sangat menyilapkan mata orang ramai. Adakah kamu semua dah tidak perlukan lagi mengikut undang-undang yang sedia ada?

Para ulamak dan ustaz-ustaz pula jangan jadi ulamak dan ustaz dunia yang jahat dengan mengunakan ilmu agama sesat kamu untuk mengalakkan kejahatan, mungkar dan maksiat serta suka memecah belahkan sesama rakyat.

Para politikus pula bila nak bekerja kalau sebuk nak buat ceramah dan demonstrasi sahaja hingga tiada langsung sumbangan akal fikiran yang bernas untuk memajukan negara dan tanah air.

Secara ikhlas kalau kita berhati perut, pasti kita sudah dapat agak apa yang bakal berlaku sebelum perhimpunan itu diadakan. Betul tak? Malapetaka jangan kita cari. Berani buat maka beranilah kita tanggung.

Sudahlah. Cukuplah. Yang masih tidur, bangunlah. Yang masih lalai, sedarlah. Yang masih marah, padamkanlah api kemarahan kamu. Janganlah kita mudah diperdayakan oleh hasutan Iblis dan Syaitan.

Wahai rakyat negara Malaysia yang secara majoritinya masih mencintai keamanan dan kesejahteraan. Ayuh!. Bersatulah kita sebagai bangsa Malaysia yang bermaruah, bersopan-santun dan beradap.

Kita semua cintakan kebersihan, kesucian dan keamanan. Kita juga cintakan 1 Malaysia yang benar-benar BERSATU.

Kita buktikan kepada dunia bahawa masih ramai lagi rakyat kita yang masih waras dan siuman dan tidak mudah dipengaruhi oleh pihak musuh dan pengkhianat negara.

Benarlah bak kata sesetengah orang bahawa "common sense is not common anymore", sebab minda dan pemikiran yang ada kerap disalah gunakan sehingga tidak dapat mempertimbangkan sesuatu itu dengan teliti, adil dan saksama.