Sabtu, 30 Julai 2011
PANAS!! KEGAGALAN KERAJAAN PAS KEDAH TERUS DIDEDAH!!
Kegagalan Kerajaan Negeri menyiapkan beberapa projek perumahan rakyat di Kedah membuktikan jawapan buku pencapaian manifesto Pakatan Rakyat (PR) yang dikeluarkan baru-baru ini retorik politik semata-mata.
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya mengambil contoh satu projek pembinaan 100 perumahan rakyat di Yan yang didapati masih tidak dibangunkan walaupun kerja meratakan tanah telah dibuat sejak dua tahun lalu dan kegagalan projek itu membuktikan jawapan Kerajaan Negeri mencapai lebih 80 peratus daripada janji manifestonya amat meragukan.
Beliau juga menyuarakan kekecewaan terhadap Kerajaan Negeri kerana tidak membincangkan soalan lisan berhubung isu perumahan rakyat di dalam sidang DUN sebelum ini walaupun isu tersebut penting demi pembangunan rakyat Kedah terutamanya penduduk setinggan yang tertunggu-tunggu sampai bila ‘perumahan rakyat’ dapat disiapkan.
“Dalam bajet tahunan Kerajaan Negeri yang dibentangkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebelum ini, ada dinyatakan perumahan rakyat akan dibangunkan di Yan, Kampung Berjaya dan juga Jitra dalam masa terdekat.
“Bagaimanapun, sehingga hari ini rakyat masih tidak nampak sebarang pembangunan projek perumahan rakyat sebagaimana yang diuar-uarkan dan saya yakin rakyat akan menghukum rentetan kegagalan Kerajaan Negeri ini pada pilihan raya umum akan datang,”
Mahdzir berkata, UMNO Kedah akan mengeluarkan buku jawapan balas pencapaian manifesto Kerajaan Negeri dalam masa terdekat selain mendedahkan lebih banyak janji Kerajaan Negeri yang tidak terlaksana bagi menyedarkan mengenai keadaan sebenar politik semasa di Kedah.
“Kita akan mendedahkan segala kegagalan Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa dan ianya tidak akan berhenti sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13,” katanya.
Portal UMNO Kedah
McTheory:
Lama tak nampak muka ex MB Kedah ni.. ingat merajuk ka apa..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Apa yang berlaku tu ialah stail politiking Pas. Kat kelantan pun begitulah. Belum Pilihanraya dia taruk pancang. Nak Pilihanraya lagi sekali dia datang balik untuk ganti pancang baru. Itu memang cara dia orang orang yang cuma pandai bercakap.
PASpandai buat janji tapi tak tunaikan janji.Rakyat kedah tak dapat buat perbandingan siapa lebih mampu mensejahterakan mereka.Sedarlah dari lamunan mimpi dan janji manis PAS.MB Azizan tak berpandangan jauh dan bukan seorang yang berpengetahuan ekonomi.
Setelah dihantam dengan hebat mengenai peruntukan untuk penurapan jalan di kawasan yang terlibat dengan banjir maka baru baru ini taman Muhibbah Lebuhraya Sultanah Bahayah pun telah diturap, untuk pengetahuan semua peruntukan itu adalah dari kerajaan Persekutuan, namun kerajaan pas belum menghabiskan peruntukan tersebut.Begitu juga dengan naik taraf longkang di Taman Uda dan Taman Muhibbah adalah hasil usaha UMNO dan Kerajaan Persekutuan.
Harap PAS tidak mengambil projek tersebut untuk menaikkan nama parti mereka.
WARGAS SEBELUM MERDEKA
Catat Ulasan