Jumaat, 29 Julai 2011
PANAS!! KU LI GANTI ANWAR UNTUK TERAJU PAKATAN RAKYAT!!
Kalau mengikut laporan berita dari Utusan yang Mc ambil di SINI. Ada pihak yang mahu Ku Li atau Tengku Razaleigh Hamzah Ahli parlimen Gua Musang mengantikan Anwar untuk terus meneraju Pakatan Rakyat jika Anwar disumbat ke dalam penjara.
Berita ini tidaklah mengejutkan Mc. Kerana sememangnya Pakatan Rakyat tidak mempunyai calon yang berwibawa untuk mengantikan Anwar. Malah dilihat jika Pakatan Rakyat tidak diterajui oleh seseorang yang berpengalaman, maka ia akan berakhir seperti mana gabungan Barisan Alternatif pada PRU ke 10 dulu.
Namun sama ada Ku Li terima atau tidak, itu bukan persoalannya. Kerana jika sesiapa mengenali Ku Li dari awal hingga sekarang, Ku Li ini adalah seorang manusia yang sukar untuk setia dan dikawal. Hidupnya selalu memberontak dan cuba melakukan yang terbaik untuk dirinya.
Jika benar ada tawaran, Mc rasa Ku Li akan menerima tawaran itu. Kerana inilah peluang terakhir Ku Li untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia seperti yang beliau idam-idamkan satu ketika dahulu.
Namun Ku Li harus berjaga-jaga, Mc takut tindakan puak Pakatan hanyalah mahu memecah belahkan UMNO dan bukannya mahu Ku Li benar-benar menjadi Ketua Umum Pakatan Rakyat.
Apa pun Ku Li lebih bijak dan berpengalaman untuk menilai segala tindakan dan sepak terajang politik Malaysia.
McTheory:
Kita tengok saja laa..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Catat Ulasan