Khamis, 18 Ogos 2011

KASI PANAS!! GERAKAN MEMURTADKAN MURID SEKOLAH RENDAH??



Nampaknya gerakan memurtadkan orang Islam di Malaysia betul-betul main kasar. Hinggakan kepercayaan ibu bapa untuk mereka mengajar anak kecil pun mereka salah gunakan.

Bagi Mc ini dah tahap melampau, pihak berkuasa patut lakukan sesuatu sebelum perkara ini menular. Ini baru satu kes yang kita tahu, Mc percaya pasti ada banyak kes lagi seperti ini yang belum kita tahu atau belum di laporkan..

Baca berita di bawah,

Seorang murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Seri Setia, Jalan Kuchai Lama di sini hari ini ditemubual oleh Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan (JPNWP) melaporkan terdapat kelas tambahan di sekolah itu yang menerapkan nilai-nilai agama Kristian kepada pelajar Islam.

Difahamkan, Bahagian Sektor Pendidikan Islam JPNWP hadir ke sekolah terbabit pada pukul 8.30 pagi tadi dan selesai menemu bual pelajar tersebut kira-kira pada pukul 12 tengah hari.

Menurut sumber, ibu kepada murid tersebut turut hadir semasa sesi itu dan satu mesyuarat turut diadakan disertai oleh pihak-pihak yang terlibat.

Utusan Malaysia hari ini mendedahkan dakwaan seorang guru sekolah berbangsa India yang memberitahu, terdapat murid tahun satu dan enam sekolahnya mampu menyanyikan dengan bersemangat lagu memuji kebesaran Nabi Isa.

Mereka ini menyanyikan lagu ‘Mereka menyanyikan lagu ’Yes, I know Jesus loves me’ dan lagu ‘Hari Ini Ku Rasa Bahagia’ yang memuji Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib, selain boleh bercerita kisah-kisah Nabi Isa termasuk kisah Nabi Isa disalib.

Difahamkan mereka ini diterapkan ajaran agama Islam secara halus ketika belajar di kelas tambahan yang diberikan secara percuma oleh sekumpulan pemuda di kawasan itu.

Sementara itu, JPNKL ketika dihubungi turut mengesahkan telah menjalankan siasatan berhubung perkara itu namun enggan mengulas lanjut. - Utusan Malaysia

McTheory:
Harap pihak berkuasa lebih serius untuk membuat tindakan..

Tiada ulasan: