Sabtu, 27 Ogos 2011

LAAA...!! Lagi lagi UMNO Kedah.. top sungguh lanie..



Mc dah nampak cerita ni dimainkan dalam beberapa blog. Namun Blog House Pk paling lengkap dan jelas penerangannya. Ceritanya macam ni...

Ketua UMNO Bahagian Padang Serai, Abdul Rahman Mahamud telah diminta melepaskan jawatannya selaku Ketua Bahagian tetapi pada masa yang sama, masih lagi mengekalkan jawatannya selaku Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Merbau Pulas.

Cerita tentang Abdul Rahman ni sebenarnya bukanlah cerita rahsia. Sekalipun cerita tersebut tidak dapat disahkan, tetapi ia adalah cerita yang menjadi buah mulut dan bahan gelak tawa penduduk setempat. Aku yang ada kat Perak ni pun, boleh dapat tahu dengan mudah.

Sama ada dia benar-benar melakukan perbuatan terkutuk itu atau sebaliknya, UMNO Kedah seharusnya tidak perlulah bersikap 'menarik rambut dalam tepung'. Pengekalan jawatan Penyelaras Dewan Undangan Negeri Merbau Pulas itu membuatkan lebih kuat orang gelak dan lebih sukar UMNO untuk disokong di Padang Serai. Apatah lagi aku dengar, ada perundingan antara UMNO dengan MIC di kerusi tersebut untuk PRU13 nanti.

Berdasarkan pendapat kawan-kawan dari Kedah, kedudukan untuk UMNO menawan negeri itu pada PRU13 nanti, hampir mustahil. Sebab-musababnya ialah pencantasan, perogolan, perliwatan, pertikaman belakang, pencantasan keting dan penyantauan yang sangat berleluasa di Kedah. Ditambah pula dengan perangai pemimpin-pemimpin UMNO Kedah sendiri yang menjadi kebencian rakyat sekaligus memenangkan PAS pada PRU12 lalu!

Nak bohong apa lagi kalau para pemimpin UMNO Kedah - dan hampir semua tempat termasuklah di Perak - pemimpin-pemimpin UMNO lebih sibuk mempromosi diri untuk dijadikan sebagai calon pilihanraya.

Jadi bila UMNO Kedah nak buat simulasi pilihanraya, aku harap sangat-sangatlah, punca sebenar dapat ditangani bukannya terus hidup dalam alam fantasi dan angan-angan tinggi.

P/s: dengar cerita kes ni sama macam kes Anwar jugak.. geng menjubor la ni..

McTheory:
UMNO Kedah perlu sedar diri.. bukannya bangga diri..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

UMNO Kedah anggap kekalahan dalam PRU12 mcm mimpi saja sebab tu depa dok asyik lawan menjatuhkan antara satu sama lain.UMNO Kedah dipimpin oleh orang yang kualiti kepimpinan yang rendah.Dok lagak dengan jawatan aja.Tak ada kajian masa depan.Orang bijak pandai tak mau terima takut hilang jawatan,tak dapat jadi calon PRU13.yang penting bagi mereka bukan meningkatkan sokongan orang muda pada UMNO tapi sokongan ahli UMNO bagi mereka pegang jawatan dam UMNO bahagian.Kepentingan diri mengatasi kepentingan parti jauh sekali kepentinga agama bangsa dan negara.Merekan jadikan UMNO seperti harta bapa depa.Jujur dan amanah tiada lagi.