Selasa, 9 Ogos 2011

PANAS!! ISU BERBUKA PUASA DI GEREJA APA KATA USTAZ KAZIM?

Ustaz Kazim Elias



Walaupun Mc tak dapat memberi soalan ini secara langsung kepada Ustaz Kazim Elias, namun Mc cuba mengunakan pendekatan 'Forum Tanya Ustaz' untuk mendapat jawapan kepada Soalan di atas.

Pada yang tidak mengenali Ustaz Kazim, beliau adalah seorang pendakwah bebas yang tidak berpolitik dan menyokong mana-mana pihak. Beliau hanya berpegang pada ajaran Islam dan rujukkan beliau hanya Al-Quran dan Hadis.

Beliau amat popular di Utara Perak, kawasan darat Pulau Pinang, seluruh Kedah dan Perlis. Dengar kata sekarang ni, nama beliau sudah sampai ke Sabah dan Sarawak.

Walaupun nasihat yang beliau beri amat pendek tapi bagi Mc ia padat.

Ternyata, berbuka puasa di dalam gereja jika tidak berniat sebaliknya pun, ia tetap makruh, syubahat dan memang boleh menimbulkan fitnah dikalangan masyarakat Islam.

Tambahan pula, sekarang sudah ada bukti-bukti kukuh bahawa sememangnya majlis itu mempunyai tujuan tertentu untuk memurtadkan Islam. Maka sudah tentulah ia haram bagi umat Islam menghadirinya dan tindakan JAIS adalah tepat!.

Jangan gadaikan agama demi politik dan kuasa. Islam bukan jenama untuk dijual beli. Islam adalah agama Allah yang patut kita jaga kesuciannya dari dicemari.

McTheory:
Islam hanya satu.. hidup jadi penentu!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Puak yang menokong DAP adalah golongan yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapatkan kuasa dan mencari kepentingan peribadi.