Khamis, 18 Ogos 2011

PEMFITNAH FELDA TERLEPAS ATAS KESALAHAN TEKNIKAL


Hanya di sebabkan kekurangan bukti maka Mahkamah Tinggi telah melepaskan Dr Tan Kee Kwong di atas tuduhan memFITNAH Felda. Hakim semasa membuat penghakiman menjelaskan bahawa perkataan yang di gunakan adalah sememangnya FITNAH cuma di sebabkan kekurangan bukti bahawa Dr Tan menyebut perkataan FITNAH tersebut.

Pihak kami tidak pasti samada pihak Felda akan merayu dan memanggil saksi tambahan iaitu wartawan Malaysiakini yang menemubual Dr. Tan. Yang penting, Mahkamah telah membersihkan FITNAH yang telah di buat oleh pembangkang terhadap Felda.

p.s....Nasiiiiiib kau Tan, kalau tak mati lah kau nak bayar saman tu...

Felda gagal saman fitnah RM200j terhadap Dr Tan Kee Kwong

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan syarikat pelaburannya gagal dalam saman fitnah RM200 juta terhadap bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dr. Tan Kee Kwong.

Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof dalam keputusannya berkata, meskipun beliau mendapati perkataan tersebut berunsur fitnah dan ia merujuk kepada Felda selaku plaintif namun lembaga tersebut telah gagal membuktikan bahawa Kee Kwong telah menyebut perkataan fitnah itu serta bertanggungjawab ke atas penyiaran artikel tersebut dalam akhbar Suara Keadilan.

Menurut hakim, plaintif telah gagal memanggil Faizal Zakaria yang ketika itu wartawan akhbar Suara Keadilan untuk memberikan keterangan di mahkamah bagi mengesahkan bahawa Kee Kwong telah menyatakan perkataan fitnah ketika ditemubual. - Utusan


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ini kali ke dua FELDA kalah di mahkamah kerana KECUAIAN PEGUAM-PEGUAMNYA. Dulu kerana tak hadir mahkamah...kini tak cukup fakta,..Dah buta agaknya Peguam Felda ni...atau makan gaji buta!! Memalukan!! Buang aja Peguam-peguam macam ni!! Ini bukan kes kecil..bukan boleh cincai-cincai....Camna Tan Sri Isa? atau Dato Mazlan?

gentingsena berkata...

lain kali cari la loyer yang dah khatam undang-undang.