Selasa, 16 Ogos 2011
TEMBAK!! KERAJAAN KELANTAN MAHU BINA LEBUHRAYA BER'TOL'? KENAPA BER'TOL"?
Kerajaan Kelantan baru-baru ini mengumumkan akan membina jalan sepanjang 63 kilometer yang menghubungkan Kota Bharu dan Kuala Krai menerusi penswastaan.
Pelaksanaan projek yang dianggarkan bernilai RM1.4 bilion tersebut dengan bangganya diumumkan oleh Husam Musa. Namun Husam tidak pula menyatakan berapa jumlah tol yang akan dikenakan kepada pengguna lebuhraya itu nanti.
Selama ini bukan main lagi puak PAS mengutuk dan memaki hamun kalau kerajaan pusat atau negeri yang diterajui UMNO membina jalanraya bertol. UMNO mereka tuduh zalim, membebankan dan tidak menjaga kebajikan rakyat.
Kononnya merekalah yang paling prihatin dan merekalah yang paling memahami beban rakyat. Kononnya hanya mereka yang paling tahu dan paling arif dalam hal menjaga kebajikan rakyat. Tapi sebenarnya hampeh!. Kalau betul-betul menjaga kebajikan rakyat...cubalah buat jalanraya yang tak memerlukan rakyat membayar tol.
Sekarang baru puak PAS sedar, kerajaan yang mereka terajui sendiri pun tak dapat mengelak daripada melaksanakan perkara yang sama.
Tapi biasalah, nanti PAS akan bagi 1001 alasan yang lunak-lunak mengapa rakyat perlu membayar tol kalau mahu menggunakan jalanraya yang mereka bina.
Paling-paling koman pun Nik Aziz akan cakap menggunakan jalanraya yang dibina oleh PAS akan memudahkan pengguna-pengguna untuk masuk kedalam syurga kerana mereka akan dikurniakan pahala yang besar setiap kali membayar tol.
Itulah PAS, cakapnya tak pernah serupa bikin. Kata memperjuangkan negara berkebajikan, tapi belum apa-apa di Kelantan, rakyatnya sudah dihadiahkan dengan jalanraya bertol.
Horas
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
8 ulasan:
ini la menteliti blog umProno yang takde otak nak pikir. kerja bodoh macam ni dah lama umProno buat la bodo.
Tanpa Nama memang tak ada otak nak fikir,sebab dia tahu guna saja lebuhraya yang Umno buat,tapi tak mau bayar.Siapa yang bodoh sekarang?
Boleh percaya ke kerejaan PAS kelantan nak buat lebuhraya berbilion2. Projek nak bela kambing dan itikpun bangkrap. Mungkin ada la projek ladang rakyat itupun habis merana orang asli gua musang dan yg untung tokeh cina.Janji nak buat jambatan yg nampak tinggal batu asas jah.
eh? kenapa bertol? bukan ke negara kebajikan? buat apa nak tiru style pemerintahan bn pulak?
kata hebat sgt. buktikanlah..
tu anon 9:00am kat atas tu, lagi bodoh! takde hujah nak maki hamun je. kasi cuci sikit otak tu..
hipokrit! kerajaan buat lebuhraya bertol kamu maki hamun kata cekik darahla apa la. ingat buat dgn air lior mcm pas tu ka?
pas nak buat lebuhraya bertol kamu kata tak apa?
kata kerja bodoh umno tapi mengapa pas nak ikut buat kerja bodoh tu jugak? pas takkan tak cerdik? buatla lebuhraya free tanpa tol! gerenti jalan menuju ke syurga sbb jalanraya kebajikan!!
bagi saya pas atau umno kena pikir pasal rakyat jangan duk pikir pasal nak jaga kepentingan parti saja. Ni BN tak nak buat lebuhraya ke kelantan takut kelantan maju d bawah pemerintahan pas..BN x pikir ke pasal susah rakyat duk merangkak ramai2 kat jalan kecik tu..Pas pun kena bincang elok2 dgn BN pasal benda ni supaya rakyat x terseksa. ni kalau dua-dua dah bangang rakyat la yg tersepit..pikir la untuk org melayu dan islam..jgn duk pikir nak kekalkan kuasa saja..mati nanti hangpa jawab la..incmtax aku hangpa rembat..pasal nak buat jalan berkira...
lebuhraya kb-k.krai nanti xde tol laa
xbuat tol pon highway ni
Catat Ulasan