Sempena hari kemendekaan, Mc rasa kita patut mengambil berat, dan bertindak mengenai individu yang menghina lagi kebangsaan negara kita, iaitu lagu negaraku.
Sejak kebelakangan ini terdapat kecenderungan segelintir individu memuat naik video yang didakwa sengaja mempersendakan lagu Negaraku di YouTube.
Tinjauan di laman web berkenaan mendapati ia masih boleh diakses orang ramai dan tidak dialihkan meskipun telah dimuat naik lebih tiga tahun lalu selain telah ditonton lebih 100,000 kali.
Selain video yang memaparkan lagu Negaraku dalam rentak muzik rock, ada juga video yang memaparkan gelagat dua warga asing menyanyikan semula lagu tersebut sambil ketawa sekali gus menyinggung perasaan rakyat negara ini.
Seorang pekerja swasta, Nuratiqah Samad, 25, berkata, dia kecewa dengan tindakan individu terbabit memuat naik video-video berkenaan di YouTube serta menyifatkan tindakan itu sebagai tidak patriotik.
“Baru-baru ini, saya cuba mencari lagu Negaraku di YouTube sempena Hari Kemerdekaan dan terkejut apabila menemui video-video sedemikian.
“Saya kecewa kerana ia boleh diakses dan dilihat di seluruh dunia,” katanya kepada Kosmo!.
Bagi jurugambar bebas, Shahrul Hassan, 40, dia marah dengan sikap ‘kreatif tidak bertempat’ segelintir individu yang mengubah irama lagu Negaraku dan kemudian dimuat naik di laman web tersebut. - Kosmo
Ternyata, mengubai suai hingga hilang elemen asal dan nyanyian yang mengejek seperti ini umpama menghina kedaulatan negara. Tolong flag video ni di you tube supaya pihak you tube akan remove video-video seperti ini.
McTheory:
Lapor pihak berkuasa? Tak payah, buang masa saja.. takkan ada tindakan lahh..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan