Bukan sahabat yang ni.. |
KUALA LUMPUR Ogos - Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Yasin hari ini menyatakan kesediaannya untuk dipanggil sebagai saksi dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari.
Menurutnya, tindakan Anwar memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk ditemuramah berkenaan kes itu hanya kerana Mohd. Saiful pernah berjumpa mereka adalah tidak relevan dan dilihat mempunyai kepentingan politik.
Katanya, Mohd. Saiful juga secara jelas telah menyatakan bahawa dia turut bertemu bekas pemimpin PKR, Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berhubung kes liwat itu.
"Saya turut berada bersama Ezam sewaktu pertemuan kami dengan Mohd. Saiful pada pukul 3 atau 4 pagi di Plaza Tol Rawang, iaitu hanya beberapa jam sebelum dia membuat pemeriksaan doktor berkenaan duburnya.
"Dalam pertemuan itu, Mohd. Saiful menceritakan segala-galanya kepada kami dengan selesa tetapi dalam pertemuan Saiful dengan Najib, ia dilakukan di pejabat Najib dan sudah tentu suasananya berbeza,'' katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Menurutnya, jika benar Anwar dan peguamnya, Karpal Singh mahukan kebenaran, mereka dicabar untuk memanggilnya dan Mohamad Ezam.
Bekas Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Abdul Ghani Haroon pula berkata, kesemua mereka yang menawarkan diri menjadi saksi kes itu pernah mempunyai hubungan yang amat rapat dengan Anwar serta bekas pembantunya, Mohd. Saiful selaku pengadu mangsa liwat dalam kes tersebut.
"Selain Mohamad Ezam dan Datuk Nallakaruppan, saya sendiri bersedia dipanggil menjadi saksi kes tersebut demi keadilan serta kebenaran dan saya cabar Karpal untuk memanggil kami semua," katanya.
Bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong pula menyifatkan tujuan pihak pembelaan Anwar memanggil Najib dan isteri sebenarnya ingin memburukkan pemimpin negara di mata dunia.
"Saya desak Karpal panggil saya beri keterangan kerana sebagai bekas pengasas PKR, saya amat mengenali Anwar dan isteri serta Mohd. Saiful," tegasnya.- Utusan
1 ulasan:
karpal singh patut juga jadi saksi
jangan nak jadi hero membela anuar Ibrahim jika sah beliau bersalah. jadilah peguam yang bermoral bukan peguam yang putar belit kerana ingin menang kes untuk kepentingan politik. tegangkanlah keadilan dan kebenaran dalam mahkamah yang salah tetap salah. bukan yang salah dibela dengan pelbagai helah untuk menang kes.
Catat Ulasan