Isnin, 22 Ogos 2011

TUDIAA!! UMNO Bahagian Alor Setar Makin Celaru?



Dua tiga hari ni blog-blog pakatan Kedah memainkan cerita mengenai UMNO Bahagian Alor Setar yang di ketuai oleh Ahmad Bashah sekarang ni dah kacau bilau, tunggang langgang.

Dalam cerita yang depa bawah tu, kalau Mc nak kata tak betul pun dak, betul pun dak. Biasa la bangsa Melayu ni, cerita tu sikit saja, tapi dok nak bagi sedap, depa pi tokok tambah habis la.

Memang tak di nafikan UMNO Bahagian Alor Setar memang ada masalah dalaman yang tak pernah selesai. Namun Ketuanya hanya berdiamkan diri dan menyuruh orang lain diam sama. Harap-harap orang lupa, macam tu kot dia pikiaq.

Baca cerita di bawah,

Ni ada cerita panas terbaru UMNO Bahagian Alor Setaq, pertikaian besar antara Ketua dgn Naib Ketua Bahagian hingga menyebabkan minggu lalu Naib Ketua UMNO Bahagian Alor Setar letak jawatan!


Konon ceritanya Naib Ketua ni tak puas hati dengan Tok Mat Bashah asyik sabotaj programnya. Buat program kat mana pun semua disekat, kononnya sebab Naib Ketua ni terlebih semangat Melayunya jadi Toh Bashah takut undi Cina lari... Pulak dah. Sepatutnya makin kuat Melayu, makin dpt tempat dalam UMNO.. Tapi dah terbalik perjuangan UMNO, takut bukan main dekat abang Long depa MCA. (sejak bila UMNO takut kat MCA?)


Satu lagi kroni Bashah tak puas hati dengan Naib Ketua ni sebab dah berani kondem UMNO dan memuji pentadbiran Ustaz Azizan. Aitt takkan puji MB pun tak boleh?? Memang patut Naib Ketua ni puji Ostaz Jijan (gelaran oleh UMCO) kerana sekian lama dok berjuang dlm UMNO, mai masa Ustaz Azizan baru bagi dapat gelaran 'Dato'.


Memanglah Dato' tu anugerah Tuanku, tapi lesen besaq yang turun sign utk cadangan apa-apa anugerah istana dibuat oleh jawatankuasa yang dipengerusikan oleh MB. Kalau MB tak sign habuk pun tarak.

Cerita ni Mc ambil kat SINI

Sememangnya ada tokok tambah cerita ni. Namun jika benar Naib Ketua ni dah mula puji Ostat Jijan, maknanya, ada something wrong la. Sama ada dia nak lompat masuk Pas, atau jadi tali barut Pas dalam UMNO. Sebab kat Bahagian Alor Setar pun dah ada tali barut Pas. Takkan nak tambah sekor lagi kot?

Lain-lain tu Mc rasa si penulis tu nak tambah bagi sedap cerita saja. Apa nak buat, bulan-bulan puasa pun depa nak buat cerita bohong. Lantak la, dosa tanggung sendiri. Kita yang baca ni, ambil tahu sudah, percaya jangan.

Apa pun, masalah UMNO Alor Setar perlu diselesaikan segera. Minta Tuan Presiden UMNO campur tangan untuk selesaikan masalah. Selepas Kuala Kedah, Alor Setar pula goyang.

Bila agaknya masalah UMNO kat Kedah ni nak selesai?

McTheory:
Dok nampak jadi pembangkang lagi la gamaknya ya..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa yg hangpa nak lagi, kuasa pun dah hilang?
Berebut2 utk keselesaan diri? atau parti?
Kedua2nya elok pergi!

Ganti orang2 baru yg lebih mampu dan berkarisma tinggi..

Aloq Setaq pun tak terjaga macam mana nak jaga UMNO negeri Tok Mat?

Jangan mimpi lar nak tawan semula KEDAH dari PAS kalau Ketua Perhubungan sebegini!!!

Tanpa Nama berkata...

Dah kalah terk masa PRU12 pun tak sedaq lagi ke.Kalau hilang semua kerusi masa PRU 13 baru nak hantok kepala ka tiang letrik.Guna la kepala otak Jangan asyik nak cantas mencantas saja.Dah lama UMNO Kedah dipimpin oleh orang yang rendah pelajaran.Jadi pakat22 la bantu pulihkan UMNO Kedah bukan asyik nak khekah sesama sendiri.

Medan Tempur Kedah berkata...

biasa la mc,tulis pun x guna.depa buat pekak badak ja.bukan nak ambik iktibar pun.