Sabtu, 10 September 2011

TERGOLEK!! DS NAJIB Perlu Tegas Dalam Menjaga Hak Rakyat!!



Rakyat Malaysia menaruh harapan bahawa DS Najib dapat terus menjaga Malaysia dengan baik. Berita kenaikkan cukai, kenaikkan harga barang adalah berita buruk yang boleh mengubah persepsi rakyat Malaysia kepada kepimpinan DS Najib.

Ada yang tak kena dengan isu ini..

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula keputusan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6.0 peratus kepada pengguna ke atas produk tambah nilai dan pek permulaan kerana keputusan itu kini dilihat membebankan rakyat.


Najib berkata, keputusan itu yang diambil sendiri oleh syarikat telekomunikasi merupakan satu keputusan yang tidak popular selepas beliau mengambil kira pandangan dan maklum balas daripada pengguna.


Menurutnya, fokus utama ketika ini sepatutnya untuk mengurangkan beban rakyat dan bukannya mengambil keputusan untuk menambah beban itu.


"Saya dah dapat banyak reaksi dan maklumat timbal balas daripada orang ramai bahawa langkah yang dibuat oleh syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan kepada pengguna adalah suatu yang tidak popular dan sukar diterima oleh rakyat.


"Saya berharap syarikat telekomunikasi dapat kaji semula langkah ini kerana hari ini kita hendak kurangkan beban kepada rakyat.


"Kini rakyat terpaksa menanggung kos perbelanjaan serba-serbi dan ada sesetengah bahan makanan sudah bertambah harga, kita hendak kurangkan bebanan pada rakyat," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan logo baharu Maybank di Menara Maybank di sini hari ini.


Najib berkata, kerajaan tidak pernah meluluskan apa-apa berkenaan caj cukai 6 peratus berkenaan sebaliknya ia dibuat syarikat telekomunikasi sendiri.


"Kita tidak pernah luluskan, keputusan dibuat pihak syarikat telekomunikasi sendiri," katanya.


Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan, mengulas satu kenyataan bersama syarikat telekomunikasi semalam yang mengumumkan caj berkenaan akan dikenakan kepada produk-produk prabayar bermula Khamis depan.


Menurut kenyataan itu, cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap oleh syarikat telekomunikasi.


Langkah itu diambil bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar.


Dengan cukai perkhidmatan 6.0 peratus terhadap perkhidmatan prabayar, pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, yang mana 60 sen adalah cukai perkhidmatan.

Pihak Telco menuding jari kepada SKMM dengan mengatakan bahawa pihak SKMM yang bertanggung jawab dalam kenaikkan cukai perkhidmatan tersebut. Pihak kerajaan pulak mengatakan pihak Telco. Mana satu yang betul ni?

Usah menuding jari, yang menjadi mangsanya ialah rakyat. Pihak DS Najib harus bertindak cepat dalam hal ini. Isu kenaikkan harga barang, boleh mengalahkan semua isu yang ada sekarang.

Kita tengah menyerang, jangan tarik hand brake sewaktu menyerang dan biarkan lawan menyerang balas. Apakah BN tidak mahu lagi menjadi kerajaan pusat di Putrajaya?

McTheory:
Isu naik harga, bukan boleh dipolitikan.. mangsanya rakyat!

7 ulasan:

Hashim Putera berkata...

Terima Kasih dan Tahniah untuk DS Najib kerana kebijaksanaan menyelesaikan masalah kenaikan cukai kad prabayar oleh pengusaha telco.


Ingin tahu petua jadi bijak macam DS Najib sila klik katsini

Awanama berkata...

Sama juga dengan kes Astro menaikkan harga fi mereka. SKMM kata mereka belum beri kebenaran tapi Astro kata telah dapat kebenaran daripada SKMM. Jadi, siapa yang berbohong? Akhirnya, kes ini senyap sahaja dan kita terpaksa juga membayar harga fi baru walaupun perkhidmatan yang disajikan tiada peningkatan langsung, misalnya, di kala musim hujan, perkhidmatan tergendala dan kita melopong tak dapat tengok siaran kegemaran kita.

Awanama berkata...

Kita tak perlu desak Najib jaga hati rakyat malaysia sebab selama ini menjaga hak hak tony,nazir,zarinah,azman,omar,bakke,taib azizan(bukan mb)whamzah,khairi,tidol,jala ribert gula dan ribuan lagi sahih rakyat malaysia.
Kalu PRU 13 jatuh pada bulan november,tak payah ramal lah hak rakyat akan terserlah.
arjuna waspada
chnagkat lobak.

Awanama berkata...

Pihak kerajaan perlu bertegas kepada petualang perosak negara seperti Pakatan Rakyat dan kuncu-kuncu mereka. Sebab berpolitik secara gila babi seperti Pakatan Rakyat inilah ekonomi negara menjadi porak peranda dan tunggang langgang. Menteri Hishammuddin perlu dipecat kerana asyik beri amaran saja tanpa ada apa-apa tindakan, apa guna? Namewee, Mat Sabu dan Katy Li Lian serta seorang budak UMT yang hina lagu Negaraku perlu dikenakan tindakan tegas, malah Ambiga yang mendalangi rusuhan BERSIH 2.0 pun tak diambil tindakan, amaran, amaran kepala otak kaulah Hishammuddin. Pecat Hishammuddin dan lantik Tan Sri Musa Hassan sebagai Menteri Dalam Negeri melalui senator, baru puak-puak Pakatan Rakyat ini akan kecut dengan ketegasan Tan Sri Musa, barulah negara aman sekiranya Pakatan Rakyat tak berani buat dajal merosakkan negara ini kerana tindakan tegas diambil terhadap petualang perosak seperti Pakatan Rakyat ini. PAS penyokong komunis, Pakatan Rakyat perosak negara.

Awanama berkata...

Kita tengah striking lawan puak2 laknat PR ni tetiba plak kacau dgn isu Telco ni. Dalam SKMM ni rasanya ada petualang2 laknat yg makan gaji haram dengan kerajaan kot.

Perosak2 negara melalui internet tidak pula di ambil tindakan, unsur hasutan, lagakan agama, kes murtad, BERSHIT guna Facebook, bloggers.. SKMM buat bodoh jer.. mcm anjing menyalak bukit..

cuba Najib siasat siapa petuaang dlm SKMM yang sedang gerakkan jentera untuk musnahkan BN dlm PRU13 nanti..carilah..pasti ada...!!!

Awanama berkata...

tu lar keluar lagi banyak lesen komunikasi... semua syarikat nak untung banyak... rakyat juga yang susah... Menteri2 pulak nak play-safe ajer... lama2 kalah PRU, padan muka... keluar lar korang semua dari Putrajaya... Dah complacent sangat nih...

Awanama berkata...

sudah tentu puak PR akan spin citer caj 6% ni sbb nak tutup kes mereka yg lain spt citer hero komunis dan kes gereja DUMC....pihak kerajaan perlu bertindak agar perkara kenaikan harga barang ini tak menjadi duri dlm daging....tindakan jgk perlu di ambil kpd musuh dlm selimut sbb mereka ini umpama barah