Jumaat, 16 September 2011

TUDIAA!! Jamil Khir pun asyik kena fitnah!!



Apa nak jadi dengan blogger dan portal pro pembangkang ni? Dah takdak isu ka? Mereka gemar, adakah sesuatu isu, kemudian spin isu tersebut. Kemudian, blogger2 pencacai Pakatan kutip isu2 sampah ni, mainkan dalam blog masing2.

Create isu yang tak betul terhadap seorang pemimpin tu, ialah fitnah! Portal pro Pakatan memang tak takut dosa punya, sebab mereka pun geng yahudi, sponsor besar. Tapi yang dok spin isu ni dalam blog pulak, ada yang beragama Islam, taktau la kalau ada yang dah murtad, yang Islam ni tak takut dosa ka? Atau demi mengalahkan UMNO/BN, yang dosa pun jadi halal, atas alasan berjihad.

Mana fatwa atau hadis mana depa kutip pun Mc taktau la.

Tapi demi jihad songsang depa ni, apa saja yang haram pun depa dah boh halal. Apa Agama Islam ni, pak menakan depa punya kot??

KUALA LUMPUR Sept. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menafikan dakwaan portal pembangkang kononnya beliau menggunakan wang zakat untuk mengubah suai kediaman di Kampung Batu Muda, Batu Caves di sini.
Beliau berkata, wang yang digunakan untuk mengubah suai rumah yang dihuni anggota keluarganya sejak 1994 itu, adalah hasil titik peluh sendiri ketika berkhidmat dalam angkatan tentera dan menyifatkan dakwaan itu sebagai ”politik terdesak”. 
"Ini perbuatan politik terdesak... Saya dulu bukan penganggur. Jawatan terakhir saya dalam tentera ialah Mejar Jeneral. Jadi, tidak mungkin seorang Mejar Jeneral tidak mampu ada rumah. 
"Dia kena faham, saya tentera yang berpencen dan ada ganjaran, tetapi tiadalah sampai RM1 juta... anak-anak seramai enam orang juga tinggal bersama, jadi sebab itu banyak kereta di rumah,” katanya kepada pemberita hari ini. - Bernama

McTheory:
Keji dan busuk betul stail puak Pakatan ni.. fitnah memanjang!!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sesuailah dgn menteri JPM yang jaga agama dan paling lemah diantara menteri-menteri JPM. Dah lah angkuh, sombong dan bangga diri. Minta dihormati konon. Sedangkan tugasnya di JPM hanya merasmi majlis dan menutup majlis. Siaplah bertanding di Jerai nanti. Barulah dia kenal siapa dirinya. Mak bapak sendiri pun PAS pekat paku 7 inci.

Tanpa Nama berkata...

Aku tersangat lah tak percaya Jamil Khair makan duit zakat untuk buat rumah nya. Orang macam ini pun kena fitnah, apalah nak jadi dengan puak puak PAS ini ha....

warga sebelum merdeka

Tanpa Nama berkata...

Bodoh punya blogger...di dunia oklah...diakhirat nanti tunggulah hari yang dikatakan kita dihisabbbb...

wak man berkata...

elok Jamil Khir ni bawa satu isu yg lebih besar skrg yg terjadi. Umat Islam Selangor sedang ditimpa tragedi yg amat dahsyat angkara JAIS. Ustaz2 dan alim Ulama yg ahli politik termasukla dia tidak lg boleh berdakwah di masjid dan disurau2 di selangor (rasanya kt negara kafir pun, belum lg ada larangan sebegini). Dlm satu sudut yg lain, bermakna yg nk tadbir negeri Selangor nnt akan pupus ustaz2 atau alim ulama yg ingin berdakwah. Kalu ada pun ulama bisu atau dipanggil jg setan bisu. YA ALLAH, PELIHARALAH NEGERI SELANGOR, JGNLA KAU TIMPAKAN BENCANA PD RAKYAT SELANGOR.