Rabu, 26 Oktober 2011

AWAS!! Kedai Kereta Penipu!!



KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat jualan kereta terpakai di pinggir ibu kota dipercayai mengaut keuntungan mencecah ribuan ringgit hasil memperdaya pelanggan yang berminat mendapatkan kenderaan.

Taktik digunakan mudah, hanya melengah-lengah masa menyediakan kereta dipesan selain meminta pembeli menambah beberapa lagi bayaran atau caj tertentu sehingga mereka bosan dan membatalkan urus niaga.

Wang sudah dibayar dianggap ‘hangus’ menyebabkan ramai pembeli berputih mata malah difahamkan kira-kira 30 pembeli sudah menjadi mangsa sejak 2009 lalu.

Seorang mangsa, Khairul Azman Othman, 26, berkata, dia kerugian RM12,100 selepas membeli Toyota MRX terpakai di syarikat itu pada hujung 2009 lalu.


“Mulanya saya membayar RM1,000 sebagai deposit, tetapi jurujual meminta saya menambah lagi wang itu masing-masing RM3,000 dan RM8,000 dengan pelbagai alasan. Akhir sekali dia meminta tambahan RM5,000 kononnya sebagai caj perkhidmatan dan memberi kata dua, saya perlu bayar segera jika mahu kereta dikeluarkan.

“Saya meminta dia menyediakan resit, tetapi dia enggan menyebabkan saya terpaksa membatalkan urus niaga itu,” katanya yang ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat untuk mendapatkan bantuan dari sudut undang-undang, di sini, baru-baru ini.

Khairul Azman berkata, dia memfailkan permohonan ganti rugi di Tribunal Tuntutan Pengguna di Shah Alam dan keputusan pada 5 Ogos 2010 memihak kepadanya apabila syarikat itu diminta membayar sejumlah wang.

“Malangnya sehingga kini, syarikat itu tidak membuat sebarang pembayaran kepada saya dan masih beroperasi seperti biasa,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Nuril Azrin Fadzil, 34, berkata, dia kerugian wang deposit RM2,000 untuk membeli Perodua Myvi terpakai dengan taktik penipuan sama.

“Saya bercadang membeli kereta itu pada Januari 2010 lalu dan selepas merasakan diri ditipu, saya merujuk ke Tribunal Tuntutan Pengguna dan syarikat terbabit diarah membayar ganti rugi namun sehingga sekarang saya belum menerima apa-apa bayaran.

“Saya turut melaporkan perbuatan syarikat itu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan polis kerana mengesyaki ia beroperasi tanpa lesen,” katanya.

Sementara itu, Khairul Anwar berkata, orang ramai yang terpedaya dengan syarikat itu diminta tampil ke SukaGuam bagi urusan mengumpulkan maklumat bagi memudahkan proses memfailkan saman secara berkelompok.

“Saya juga meminta pihak institusi perbankan memperkenalkan sistem pembiayaan pinjaman kereta dengan cara pembeli berurusan terus dengan bank bagi mengelak berlaku kejadian seumpama ini.

“Pembeli membayar terus deposit kepada institusi perbankan manakala bagi kereta terpakai, pihak bank perlu menyiasat syarikat jualan sama ada ia mempunyai rekod baik atau sebaliknya. Dengan cara itu, pembeli dapat dilindungi daripada penipuan,” katanya.


McTheory:
Yang dorang ni tu pun satu, mana boleh buat bayaran tanpa resit, akai ada ka?

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mohon siarkan dengan jelas Nama syarikat Dan alamat penuh...agar tiada lagi mangsa terpedaya.

Juga mohon sebarkan keseluruh Internet serta panjangkan kepada rakan fb Dan email.

Zaini berkata...

Siarkan nama syarikat dan lokasi kepada umum.

Tanpa Nama berkata...

bukannya syarikat jualan kereta je guna tektik penipuan tangguh2 mcm tu..
malah banyak syarikat lagi..

pengalaman aku...
syarikat peguam bela pun sama jugak..
kes sengaja tetangguh 7 kali..
makan masa 4 tahun...
penyudahnya kita sendiri naik bosan..
cari peguambela lain..
wang deposit hanguss !!

nak aku tulis ke..
nama peguambela itu..?

Tanpa Nama berkata...

tulis aje nama syarikat tu bagi semua orang tahu... kalau setakat bagi hint seperti sebuah syarikat dipinggir ibu kota(berapa banyak syarikat kereta ada kat pinggir ibu kota), nampak gaya makin ramai la yang kene tipu dan semakin seronok la syarikat2 yang tidak bertanggungjawab ni memainkan peranan menipu pengguna kerana mereka tahu yang nama syarikat mereka tidak akan didedahkan dan akan disenaraihitamkan. kenapa nak takut dedahkan nama syarikat yang menipu pengguna sedangkan mereka tak takut pulak nak menipu pengguna... renung2kan

Tanpa Nama berkata...

bagi nama syarikat penipu atau alamat atau GPS kordinat la..tak gune ckp saje..susahnye la nk deal dgn org mcm ni..berani kerana benar..takut kerana salah..

Tanpa Nama berkata...

ENOS NAHA AUTO bengkel penipu di bt6 bangi lama anak beranak penipu PAK ALI BEKAS PESARA UKM BANGI anak dia NAHAR POMEN NO PHONE DIA 012-3386824 keje mereka curi alat ganti kereta pelangan saya dah di tipu egine kereta tayar sport rim semua hilang bila kereta dlm simpanan mereka di ckp senang je xtangung barang2 kereta hilang nak buat apa ckp PAK ALI dan anak dia NAHAR kan sial namanya bila saya mintak deposit rm700 mereka ckp xnak pulangkan se sen pun duit saya org ni sial dan haram jadah dah tua pak ali jangan buat org macam ni buat malu je jd org bangi lama dan bekas ukm laporan polis dah di buat bukti semua ada kereta saya masih ada bersama mereka tunggu je saya sumbat anak beranak ni dlm penjara baru ko tahu betapa susahnya aku bila kereta aku ko buat macam mak bapak ko punya aku haramkan ko makan duit aku dan curi barang aku (siapa org bangi lama kajang atau staff ukm yg membaca ni sila berhati2 dengan org ini

Tanpa Nama berkata...

Seorang lagi - Kaitan Jaya Used Car di Pandan jaya. Bos Drawardi b Zulkifli. Wang deposit dah bayar 2k tapi keta blm sampai, pelbagai alasan. masih menunggu.....klo dpt keta sy tulis lagi.

Tanpa Nama berkata...

jgn beli atau booking kereta kt area pasar borong selayang ( usecar ). ramai yg gagal utk dpt blik duit booking klu loan gagal. ade kereta potong kereta excident. aku kene loan xlepas booking hangus.kwn aku duit booking hangus, adik aku kereta problem. sekadar pesanan ingat jgn pegi usecar area selayang ( pasar borong ).

Tanpa Nama berkata...

saya ade booking kereta area pasar borong selayang...nama kedai t&t motor trading...skrg nak cancel booking 500...xthu dpt balik ke x sbb belom submit detail utk bg bank...

Tanpa Nama berkata...

area batu caves dkt Giant byk keta xcident, aku rekmen kwn bli, nyesal sial..

Tanpa Nama berkata...

Aku pun kena tipu..aku nk beli kereta terpakai tp used car bg kete baru sekali pakej dgn driver lg,minyak full tank free selama 20 tahun,smart tag 4 bijik,tinted free untuk kete sedara mara dan jugak percuma mkn mlm di hotel california selama lamanya...

Tanpa Nama berkata...

LY AUTO TRADING / LOONG YAU AUTO TRADING. mintak deposit 1k, lepas tu kerani call cakap bank tak approved. Sblm byr deposit, janji dpt blik.. tipu punya cina babi

Tanpa Nama berkata...

mcm pantat. hahahah

Tanpa Nama berkata...

loong yau motor opposite ampang point ke bro..

Tanpa Nama berkata...

ttl auto trading penipu.. cakap bank tak approved, padahal tak submit dokument2 yang client bg

Tanpa Nama berkata...

Ttl auto trading pon same ke tipu ... igat nk pg sane tngok keteta ... dy cakap utang kdai ...
dposit rm300 .. blh pcaya ka.. ???

Tanpa Nama berkata...

TTL used car kat pinggiran putra bawah flat buruk tu semacam je.. aku tanya tepat2 jawapannya berkona kona.. geran kat bos, bos x de, duit booking refund ke tak kalau loan x approve.. aku dah pi byk tempat kalau semacam je, dahtu kereta bawah market value, tempat tu mcm MLM, org berlonggok sana sini.. kereta cantik tapi operasinya mencurigakan. baik blah sebelum rugi..

Tanpa Nama berkata...

beli tiket bas kena tipu
makanan beracun dan x selamat -
beli rumah defectx, worse x siap
masuk hospital mati sebab kecuaian
daripada byr 10 ringgit sampai bayar nyawa anda ditipu

dah kenalpasti penipu, buat lapuran... pun boleh operate lagi.. teruskan menipu dan menipu dibawah batang hidung pihak berkuasa...

SEBAB APA?

Sebab penguatkuasaan undang undang lembik.


syukurlah malaysia semakin hopeless

Tanpa Nama berkata...

Penipuan tbaru dr kaitan jaya used car pandan jaya..konon nk slesaikn baki tertunggak dg bank..tp xde pun

Tanpa Nama berkata...

Satu lagi penipuan daripada kaitan jaya used car pndan jaya