AIDCNews - Semenjak seminggu yang lalu, satu risalah menuntut agar Datuk Seri Anwar Ibrahim menjalani ujian ‘Lie Detector’ bertaburan di kampus, sehingga menimbulkan pergaduhan di antara puak penyokong kerajaan dan puak penyokong pembangkang, kata Keris Malaya dalam emailnya kepada AIDCNews.
Ekoran pengedaran risalah itu, satu kumpulan mahasiswa telah tampil membuat laporan polis pada 5 Oktober 2011, pada pukul 6.30 petang di Balai Polis Bandar Baru Bangi.
“Pada 3 Oktober, lebih kurang pukul 5 petang semasa saya bersama rakan-rakan sekolej berada di perkarangan Masjid UKM Bangi, (kami) telah menjumpai risalah ‘Suara Hati 100, 000 – Gerakan Suara Mahasiswa & Mahasiswi’.
“Tujuan laporan ini dibuat adalah tidak mahu risalah yang berbaur politik disebarkan di kawasan kampus UKM Bangi sehingga menimbulkan pergaduhan di antara puak penyokong kerajaan dan puak penyokong pembangkang.
“Untuk mengelak perkara yang sama berulang dan demi perpaduan mahasiswa, (kami) menuntut pihak berkuasa menyiasat perkara ini”, kata pelapor seperti yang terkandung dalam laporan polisnya.
AIDC
1 ulasan:
DESAK UNTUK MENCARI KEBENARAN TIDAK SALAH...
HARAP ANWAR MENERIMA DESAKAN DARI STUDENT SEBAB MASA REFORMASI DULU PUN RAMAI JUGAK STUDENT JOINT MEMBELA KO...
INGAT PERIBAHASA YG MENGATAKAN BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH...
PEJUANG HAMAS...
Catat Ulasan