Sabtu, 22 Oktober 2011

KASI HANGGIT 18SX!!!! VIDEO SUAMI TORON BINI KOT BELAKANG




Meliwat isteri tidak termasuk sebagai kesalahan hudud didalam Enakmen Hudud & Qisas 2002 yang digubal oleh Kerajaan PAS.

Itu yang teman kemukakan semasa berbahas didalam Dewan Rakyat sebentar tadi. Kenyataan itu menyebabkan ada kalangan Ahli Parlimen pembangkang menjadi histerikal, menjerit racau memaki hamun saperti orang kehilangan aqal.

Teringat teman peristiwa dimana pimpinan kafir Quraisy mengarahkan anak buah masing-masing supaya membuat bising ketika Rasulullah saw membaca Al Quran! Teringat teman kisah Nabi saw dibaling batu oleh kafir Taif sehingga cedera berdarah hanya kerana membawa risalah kebenaran! Kebenaran itu memang pahit untuk ditelan, terutama oleh kaum kafir, musyrik dan munafik. Berdoalah supaya kita semua tidak termasuk golongan menentang kebenaran ini!

Yang teman pelik, dema nak marah pasal apa yop? Sedangkan itulah kenyataannya, itulah hakikatnya, itulah faktanya.

Didalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud & Qisas) Terengganu 2002, iaitu Enakmen No. 4 Tahun 2002 bertarikh 02.09.2002, tercatat jelas di Seksyen 14:

"Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan diantara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau diantara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan diluar tabii iaitu melalui dubur".
Sudah terang bersuluh pula. Cukup jelas daripada peruntukkan ini bahawa "bermain" melalui dubur isteri sendiri TIDAK termasuk sebagai kesalahan HUDUD didalam Enakmen Hudud & Qisas PAS!!Persoalannya ialah, mengapa bermain "dubur" isteri tidak termasuk kesalahan hudud PAS?

Sedangkan liwat melalui dubur ini adalah satu kesalahan hudud, samada dubur lelaki, dubur perempuan, termasuk dubur pondan, mahupun dubur isteri (samada dubur isteri sendiri, dubur isteri kawan, mahupun dubur isteri orang lain), dubur pemandu, dubur pembantu, dubur pekerja, dubur pembancuh kopi, malah dubur sesiapa pun. Asal main melalui "dubur", ianya adalah satu kesalahan hudud! Kenapa PAS membezakan bermain dubur isteri sebagai bukan satu kesalahan hudud?

Jadi kat mana yang salah kenyataan teman tu yop? Itu adalah peruntukkan enakmen undang-undang hudud yang dibuat oleh PAS sendiri. Bukan teman reka atau rekayarsa. Malahan peruntukkan yang sama terkandung didalam deraf cadangan rang undang-undang Jenayah (Hudud & Qisas) yang dibawa oleh Kerajaan PAS semasa menjadi Kerajaan di Terengganu. Walaupun menerima bantahan yang hebat ketika bahas, rang undang-undang itu diluluskan juga oleh Kerajaan PAS.

Apa tujuan teman dedahkan perkara ini? Kerana teman sedang membawa bahas usul supaya janganlah ada pihak yang mempermainkan hukum ALLAH, menulis hukum sendiri dan memanggilnya hukum ALLAH! Persoalannya adakah benar enakmen PAS itu adalah hukum daripada ALLAH, undang-undang Islam yang sebenarnya?-

YB DATUK ZULKIFLI NOORDIN




PMK
TORON MENORON AMALAN PAS

Tiada ulasan: