Jumaat, 14 Oktober 2011
PANAS! Zahid AF Nafi Menganut Agama Pas!!
Hanya dengan gambar seorang blogger Pas menuduh Zahid Af menyertai Pas. Artikel tersebut ada di sini.
Memang benar kata orang, dengar hanya satu gambar saja, ia sudah memberikan 1001 makna, Adakala gambar yang indah boleh disalah tafsirkan dengan imej sebesar zarah yang tidak ada dalam gambar itu tanpa disengaja.
Dalam bab ini, golongan selebriti sering saja menjadi mangsa. Padahal selebriti itu tidak pun bersalah dan tidak sengaja boleh ada dalam gambar berkenaan.
Contoh terdekat apa yang nak sampaikan ini terkena kepada bekas kekasih Nita Malaysian Idol iaitu Zahid. Baru-baru ini, di sebuah blog panas, gambar Zahid bersama ahli-ahli parti PAS sudah merebak luas. Disebabkan gambar itu, Zahid yang kini ada produksi sendiri dituduh menyertai parti pembangkang itu.
Kesan dari gambar itu, Zahid sering saja ditalu dengan soalan benarkah dia menyertai pasti PAS? Sama ada benar atau tidak Zahid menyertai parti itu, ia adalah hak Zahid. Yelah, setiap kali pilihan raya, pilihan membuang undi terletak pada individu itu sendiri. Tidak boleh ada pengaruh sesiapa.
Sungguhpun ia hak Zahid sama ada mahu mengakui atau pun tidak, akhirnya telah menemui jawapan disebalik gambar itu. Difahamkan Zahid sebenarnya tidak pernah menyertai parti berkenaan dan gambar itu dirakam sekadar kebetulan saja.
Menurut sumber yang terdekat dengan Zahid, waktu gambar tersebut dirakam, dia ada terlibat dengan sebuah penggambaran di Kelantan. Dalam perjalanan menuju ke lokasi penggambaran, Zahid terserempak dengan ahli-ahli PAS dan mereka semua meminta untuk bergambar bersama Zahid.
Sebagai selebriti yang sudah terbiasa dengan permintaan itu, Zahid pun menunaikannya. Apatah lagi, Zahid adalah seorang juara Akademi Fantasia yang ramah dan suka membuat lawak.
Hah..rasanya sudah terjawablah tuduhan di sebalik gambar itu. Apa kes pun, sebagai rakyat Malaysia, anda dinasihatkan agar sesiapa yang dah cukup umur dan belum lagi mendaftar cepatlah mendaftar. Pilihan itu adalah rahsia anda!
sumber asal sini
McTheory:
cerita fitnah dan temberang ni dibawa oleh blogger Pas yang terdesak nak cari isu.. bebal betul!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
tapi kenapa pakai baju sama ngan mereka2 itu???
Catat Ulasan