kesiann.. kesiann kan.. |
Patutla Nik Aziz makan nasi bungkus sahaja sebab Kelantan menanggung hutang yang terus meningkat.
Belanjawan Negeri Kelantan 2012 yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri pada Selasa, menyaksikan kadar defisit bagi tahun depan terus bertambah yang dijangka meningkat berjumlah RM83.23 juta berbanding RM53.25 juta pada belanjawan tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa yang menjadi orang kepercayaan Pok Nik ketika membentangkan belanjawan penuh hutang itu
Jadi untuk mengelak daripada rakyat Kelantan meyalahkan MB Kelantan dalam gagal menguruskan negeri Kelantan dengan baik maka Pok Nik akan buat perkara-perkara yang mendatangkan simpati rakyat Kelantan.
Hanya satu soalan untuk Pok Nik mana nak cari RM83.23 Juta untuk menampung perbelanjaan tahun depan.
Sumber artikel Mc ambil dari SINI.
Macam mana Mat Sabu kata Kelantan diantara negeri yang paling bagus ekonominya? Dia dok berceramah menipu sana-sini. Lagi satu, kalau orang tanya, kenapa kerajaan Kelantan hutang banyak? Mereka akan jawab, kerajaan pusat tak bagi duit royalti. Sebab tu kerajaan negeri hutang berlambak-lambak.
Royalti sudah diserahkan kepada rakyat Kelantan melalui agensi yang dilantik oleh kerajaan pusat. 20 juta kalau tak salah Mc, disalurkan ke Kelantan.
Kerajaan Pusat agak susah mempercayai Kerajaan Kelantan, takut wang yang diperuntukan kepada rakyat itu akan habis digunakan dalam pentadbiran atau dimasukkan dalam tabung PRU pula.
Pasal hutang pulak, nampak sangat Pok Nik tak pandai tadbir negeri. Kerajaan Pas Kelantan gagal dalam pentadbiran. Kalau mereka tuduh pasal royalti, negeri lain ada royalti ke? takdak royalti pun tak teruk hutangnya macam Kelantan.
Kerajaan Pas Kelantan dah tak relevan lagi, patut tukar saja!
McTheory:
yang tua tu patut sedar2 la diri..
1 ulasan:
memanglah kesian ko rakyat kelate, merempat mencari rezeki di negeri2 lain, sbb kerajaan negeri tak menyediakan peluang kerja ko anak2 kelate. para pemimpin negeri asyik dok ceramah siang, malam, anak2 negeri terabai. bila raya puasa ko, raya haji ko, cuti sekolah ko, berpusu2lah anak2 kelate balik, mcm kelkatu pulang ke sarang. jalan jadi jem, sibuk sana, sini,sampai bila anak2 kelate nak biarkan keadaan ini? jom ubah kerajaan pada pru13 nanti. kita pilih kerajaan yg boleh beri peluang kerja, kuranglah sikit penghijrahan anak2 kelate ke luar negeri. balik masa raya kuranglah sikit jemnya.insya Allah.
Catat Ulasan