Isnin, 7 November 2011

GEMPAR!! Apabila Politik Dijadikan Agama!!



Masalah besar dengan masyarakat Malaysia sekarang ni apabila politik diangkat lebih tinggi berbanding agama. Ideologi politik dianggap rutin kehidupan hingga memecah belah umat yang hidup bermasyarakat.

Pemimpin politik bangga bila ada pengikut yang taksub dengan mereka. Namun mereka tak sedar tindakan mereka hanyalah menyemai kebencian didalam masyarakat dan boleh menyebabkan pepecahan yang serius.

Ada orang kata UMNO tak boleh campur dengan Pas. Kenapa tak boleh? UMNO bukan Islam kah? Pas tu advance Islam kah?

Apa korang faham mengenai politik? Politik adalah satu ideologi yang dibawa oleh perlembagaan sebuah parti politik. Parti politik pula ditubuhkan untuk memenangi kuasa politik dan undi rakyat. Semuanya hanyalah kuasa, semuanya hanyalah duniawi. Tak ada kena mengena dengan akhirat.

Mungkin cara berpakaian dan cara hidup ada bezanya. Tapi itu semua lakonan hidup dan cari makan. Depan lain belakang lain.

Kita yang dibawah ni ada yang terlalu taksub dan hingga menganggapkan politik itu seolah-olah agama. Malah ada yang menganggap tahap politik tu lebih tinggi dari agama. Sebab itulah persaudaraan politik lebih dimuliakan dari persaudaraan sesama Islam.

Betulkan semua saaf kita, betulkan semula pegangan kita. Memang politik itu penting namun tak sepenting perpaduan Agama dan kaum. Kenapa perlu bertumbuk kalau hanya berbeza ideologi, kenapa perlu maki hamun kerana berbeza pendapat? Dimana Islam kita? Di mana adat kita?

Cakap pasal Islam berbuih-buih mulut! Malah ada yang mengaku 'Islam aku lebih dari Islam ko' Namun dalam perlaksanaannya? Dalam melahirkannya secara fizikal? Tak ada. Banyak bercakap dari perlaksanaan.

UMNO sama, Pas pun serupa!

Cakap lebih dari bekerja. Rakyat juga yang jadi mangsa.

Pkr dan Dap?

Tak payah fikir la, ini parasit perpecahan kaum di Malaysia. Lebih baik takada lagi bagus. Kewujudan dua ekor parasit ni pun hanyalah untuk memusnahkan keamanan Malaysia.

Rakyat tak perlukan parasit, rakyat perlukan pemimpin yang boleh bekerja. Siapa yang paling ikhlas membela rakyat dialah yang akan dipilih dalam PRU ke 13 nanti. Setakat menjual ideologi dan ideologi tak payah mimpilah. Ideologi bukan boleh bagi rakyat kenyang.

Bezakan agama dengan politik, bezakan pegangan agama dengan ideologi. Insyallah aman damai kehidupan kita. Yang mana dok buat semak-semak tu, buang jauh-jauh, jangan di ikut, menyesatkan saja.


McTheory:
Orang Malaysia ni lebih berpolitik dari bekerja, sebab tu negara lambat maju..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tiada ulasan: