Rabu, 23 November 2011

Gempar!! Kat Kedah Pun Ada Kes Curi Pasir!!




Dengan permit dan alasan membersihkan sungai. Ada kontraktor menyalahgunakan permit dengan mengorek pasir sungai untuk mendapatkan sumber yang lumayan.

Dikebanyakan tempat di sungai Serdang dan Air Putih, berhampiran kawasan kebun kelapa sawit. Ada kontrak yang menyalahguna permit dengan membuat korekan besar di tepi sungai sehingga menganggu aliran air sungai.

Perbuatan mengorek pasir haram dilakukan dengan mengunakan jentera-jentera besar dan berpuluh lori pasir keluar masuk untuk mengangkut pasir. Kegiatan dilakukan diwaktu malam.


Perbuatan itu menyebabkan air bertakung dan air sungai tidak mengalir dengan sempurna. Akibatnya, banyak kebun kelapa sawit, rumah-rumah penduduk kampung tengelam akibat projek pasir haram itu.

Malah masjid Badlishah yang terletak berhampiran sungai juga sudah dua kali dinaiki air akibat perbuatan mengorek pasir haram. Habis musnah barangan masjid dan tikar sembahyang juga dipenuhi lumpur.

Mc sudah melakukan temubual dengan penduduk setempat. Pendedahan dan gambar akan di update kemudian!!


McTheory:
Ada penduduk yang dihalau semata-mata kerana rumahnya dikatakan menghalang laluan lori keluar masuk.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tiada ulasan: