Khamis, 3 November 2011

TERGOLEK !!! TIAN CHUA SUDAH MATI AKAL!!!







Nampaknya pembangkang sudah mati akal untuk menghentam Kerajaan Barisan Nasional dengan membawa usul mahu gaji PM di potong sebanyak RM22,826.65 atau sebulan gaji..mereka juga meminta Ds Najib melepaskan jawatan Menteri kewangan kerana berlakunya ketirisan dan keborosan dalam perbelanjaan negara..

Usul itu dikemukakan Tian Chua (PKR-Batu) kononnya mengambil kira tiga aspek iaitu kegagalan urus tadbir dan ekonomi, kejatuhan imej negara dan budaya fitnah berleluasa yang berlaku di bawah pentadbiran Najib.
Chua dalam usul yang turut dibahaskan oleh Jeff Ooi (DAP-Jelutong) itu juga meminta Najib melepaskan jawatan Menteri Kewangan kerana kononnya tidak peka sehingga membenarkan berlaku ketirisan dan keborosan dalam perbelanjaan negara serta menyebabkan hutang awam meningkat sehingga 12.3 peratus.

Usul Chua itu dibahaskan dalam suasana yang cukup tegang apabila wakil rakyat kerajaan dan pembangkang saling bertikam lidah sehingga menyaksikan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia beberapa kali hilang sabar dan menyuruh wakil rakyat kedua-dua pihak duduk serta mematuhi peraturan mesyuarat.

Antara wakil rakyat kerajaan yang bangun membahaskan usul itu ialah Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) yang menyifatkannya sebagai percubaan memburukkan imej dan integriti Perdana Menteri serta kerajaan.

"Saya yakin usul ini bermotifkan politik dan bertujuan mengalihkan perhatian rakyat sebab pembangkang ketika ini cukup resah dengan peningkatan populariti Perdana Menteri di kalangan rakyat bahkan di seluruh dunia," katanya.

Sementara itu, Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) pula menyifatkan usul Chua itu satu usul yang paling jahat sepanjang sejarah beliau menjadi ahli Dewan Rakyat.

"Usul ini sengaja dibawa oleh mereka yang tidak tahu berterima kasih dan sengaja menggunakan kekebalan Parlimen untuk menyebarkan pembohongan dan fitnah semata-mata untuk memburukkan nama Perdana Menteri," katanya.

Turut bangkit membahaskan usul itu ialah Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak)yang menjelaskan hutang negara pada paras 3.4 peratus seperti yang dijadikan isu oleh Chua bukanlah tinggi apatah lagi ia bertujuan untuk pembangunan ekonomi.
Selain itu, turut membahaskan usul tersebut ialah Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) yang bersetuju bahawa usul Chua berkenaan bersifat jahat dan cuba untuk menafikan apa yang terkandung dalam Buku Jingga..

Bajet yang dibentangkan oleh Ds Najib baru baru ini sudah cukup bermakna buat rakyat Malaysia dan mendapat respon yang sangat baik membuatkan pembangkang terpaksa mencari alternatif lain untuk menghentam kerajaan khususnya isu laporan audit..

Tindakan pembangkang itu sebenarnya mahu menutup kelemahan mereka sendiri dalam mentadbir negeri negeri mereka..dalam laporan audit juga menunjukkan kerugian,keborosan,defisit yang tinggi dan anak anak syarikat dinegeri yang ditadbir oleh pembangkang mengalami kerugian yang teruk..sepatutnya pembangkang menilai dahulu pretasi negeri yang dikuasai mereka,bukannya menuduh Ds Najib punca segala ketirisan dan keborosan dalam perbelanjaan negara..


PMK
pundek punya apek.wa potong lu punya anu baru tau..

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SEbenar nya pembangkang dah kehabisan Modal nak hentam kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

Anwar Ibrahim macam mana pula, dilantik jadi Penasihat Ekonomi Selangor, tapi tak buat kerja apa pun sampai Khalid Ibrahim makin serabai jadinya pening kepala. Itu apa macam Tian Chua, kamu sibuk tuduh orang lihat dulu kamu punya Ketua Umum, sibuk nak jadi Penasihat Ekonomi Selangor, tapi tak buat kerja sibuk ceramah dan demontrasi liar, lepas itu kerap benar ke luar negara, apa dibuat entahlah.

Tanpa Nama berkata...

Anwar Ibrahim macam mana pula, dilantik jadi Penasihat Ekonomi Selangor, tapi tak buat kerja apa pun sampai Khalid Ibrahim makin serabai jadinya pening kepala. Itu apa macam Tian Chua, kamu sibuk tuduh orang lihat dulu kamu punya Ketua Umum, sibuk nak jadi Penasihat Ekonomi Selangor, tapi tak buat kerja sibuk ceramah dan demontrasi liar, lepas itu kerap benar ke luar negara, apa dibuat entahlah.

zulk1965 berkata...

Sebenarnya ketirisan dan keborosan adalah disebabkan oleh kuncu-kuncu pembangkang yang berkhidmat dlm kerajaan. Mereka berniat menjatuhkan kredibiliti kerajaan juga majikan mereka. Jika mereka bekerja dgn jujur dan ikhlas tentu akan tercapai semua perancangan kerajaan. Bersihkan petualang ini.