Rabu, 28 Disember 2011

TERPANAS!! MELAWAT PROJEK HANTU DI KEDAH PART 2!!

Alhamdullilah.. akhirnya "Projek Hantu" bersambung juga. Kenapa Mc panggil ini projek hantu? Lihat gambar di bawah, ada nampak manusiakah?

Bangunan apa ni?



Nampak kosong saja..

Takkan langsung takdak orang?

A'a.. la.. kosong..

Kenapa di biarkan kosong?

Jadi tempat kegiatan yang tak elok ni..

Rasanya dah 90% siap..

Apa dah jadi sebenarnya?

Untuk pengetahuan semua, projek ini adalah satu usaha dari kerajaan negeri Kedah yang terdahulu. Projek ini hasil daripada ilham Bekas Menteri Besar Kedah Syed Razak dibawah exco pelancongan negeri Kedah. Masalahnya projek ini dahulu berjalan lancar, hinggalah kesaat peralihan  kerajaan negeri yang telah menyebabkan projek ini 'tergendala'.

Apabila bangunan yang telah siap 90 peratus, telah tergendala dan hanya jadi gajah putih. Mc merasakan ia satu kerugian kepada rakyat dan juga kerajaan negeri.

Bangunan ini sepatutnya menjadi medan ikan bakar yang terkenal dan ia merupakan tempat tarikan pelancongan untuk singgah menjamu selera ketika menaiki river cruise yang menyisir disetiap laluan Sungai Kedah.

Berjuta telah diperuntukkan untuk membuat bangunan ini. Mungkin projek ini berjaya jika TIADA peralihan kerajaan negeri.

Apa yang menjadi persoalannya ialah, kenapa kerajaan negeri sekarang tidak menyambung semula projek ini?

Kenapa dibiarkan saja projek ini 'tergendala' tanpa pembelaan?

Apabila bangunan yang sudah siap tidak digunakan, ia akan menjadi satu penyakit baru.

Ia akan disalahgunakan menjadi tempat 'bermaksiat' atau 'menghisap dadah'.

Sewaktu tinjuan Mc ke sana, ada sepasang remaja lelaki dan perempuan keluar dari sebuah satu kedai dengan keadaan tergesa-gesa dan sambil membetul-betulkan baju.

Mc meninjau pula kedalam kedai terbabit, nampaknya tiada apa-apa yang istimewa, cuma ada kotak yang berselerak.

Apa yang dua orang remaja tadi tu buat. Main aci sembunyikah? Main dam aji kah? main konda-kondi? Atau main korek-korek, geli-geli?

Nak salahkan siapa bila jadi macam ni? Adun, Exco atau kerajaan negeri? Atau kerajaan Pas masih nak salahkan kerajaan terdahulu kerana tak siapkan projek?

Kalau kerajaan negeri sekarang masih menuding jari kepada kerajaan negeri yang terdahulu. Mc rasa, baik lepas ni, kerajaan Pas Kedah serah balik kerajaan negeri Kedah kepada BN.

Rakyat Kedah pilih Pas dulu pun disebabkan mereka mahu perubahan kearah yang baik. Tapi nampak gayanya, Pas Kedah bukan berubah kearah kebaikkan. Malah ia menjadi lebih buruk dari teruk!

Apabila rakyat mempersoalkan sesuatu perkara, kerajaan negeri dengan pantas, menuding jari kepada kerajaan terdahulu. Kerajaan yang terdahulu telah diajar hingga hilang kuasa, kerana mereka lupa akan tanggung jawab mereka.

Jika kerajaan dahulu telah di hukum. Kerajaan sekarang pulak tak buat kerja, namun asyik salahkan kerajaan dahulu. Walau teruknya kerajaan dahulu, namun ia masih lagi berjasa. Kerajaan sekarang?

Ekonomi lingkup, projek pembangunan tak ada, sosial bungkus, hal berkaitan dengan Islam pun rosak. Jadi apa yang bagus dengan kerajaan Pas Kedah sekarang?

Rasanya tak dak yang bagus..

McTheory:
Kalau kerajaan sekarang tak bagus.. tunggu apa lagi? KASI TUKAR LAA!!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam..
hang nak harap EXCO PAS haprak kebuloq projek tu ka yg nk bela rakyat? AKu kalau boleh jumpa Azizan aku nk maki muka dia..dgn 2 ekoq lagi berok PAS yg mengidam nk jd MB.. Pahrolrazi dgn Amirudin!

Kedah melingkup di bawah PAS.. Madrasah yg bernilai bermaruah pn boleh di kaih mcm tu sj..

Inikan pula projek yg xmasuk berpuluh berjuta2 mcm porjek Plaza Tunku Yaacob tu.. jgn harap haprak PAS nk bela..

Agama dijadikan racun oleh PAS utk membutakan org Melayu.. Kedah negeri yg permai di masa BN Perintah..

Tolonglah kita pakat2 doa+usaha bg UMNO BN perintah Kedah balik...aku rindu sgt zaman tuu!!!

Tanpa Nama berkata...

Projek di buat untuk puak pas dapat untung bukan untuk rayat.