Selasa, 6 Disember 2011

TUDIAA!! NIK AZIZ TAK MENGAKU DIRINYA NABI!!

Kawe buke Nabi, Kawe cumo wali slipar sokmo..

Nik Aziz mengufurkan budak yang samakan dirinya dengan Nabi. Namun Nik Aziz juga tak marah kepada orang Pas yang taksub kepada pemimpin. Mana la dia nak marah, lagi bodoh pengikut Pas, lagi taksub mereka pada Pas.

Tambahan pula, sememangnya pengikut Pas ni baghal-baghal belaka. Lagi la suka mereka memperbodohkan.


Walaupun menegaskan nabi dan ulama tidak boleh disamakan, namun Datuk Nik Aziz Nik Mat (gambar) menegaskan, beliau tidak akan bertanggungjawab terhadap tindakan seorang penceramah, Shamsul Zaman Sukri atau 'Ustaz Budak' menyamakan Mursyidul Am Pas itu dengan nabi.

Sehubungan itu, Menteri Besar Kelantan tersebut berkata, beliau tidak berasa duka cita dengan tindakan penceramah Pas terbabit walaupun ia menyentuh soal akidah.

Berdasarkan pendirian itu, katanya, beliau berpendapat tidak perlu memberi nasihat kepada penyokong Pas supaya tidak terlalu taksub dengan pemimpin.

"Saya tidak tahu hujung pangkal 'budak' itu (Shamsul Zaman), jadi saya tak mahu jawab yang itu. Saya tidak bertanggungjawab, dia kena tanggungjawab, saya tidak hubungi budak itu, pihak lainlah yang menghubungi budak itu.

"Saya hendak jawab begini, kalau orang menyamakan saya dengan nabi adalah kufur, maka orang Islam tolak Islam juga kufur, sama ada tolak Islam berganti dengan demokrasi atau kebangsaan juga boleh membawa kepada kufur serupa jugalah. Saya tidak ada apa (dukacita), dia kata," katanya pada sidang akhbar di kediaman rasminya di JKR 10 di sini, hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan sebuah badan pemikir dan beberapa tokoh agama di negeri ini menyifatkan tindakan seorang penceramah Pas menyamakan Nik Aziz dengan nabi sebagai sesat dan membawa kepada kekufuran.

Mereka turut berpendapat bahawa ikon Pas tersebut perlu bertanggungjawab kerana beliau yang membuatkan penyokong parti tersebut taksub kepada pemimpin.

Ia ekoran pendedahan rakaman video ceramah Shamsul Zaman yang menyamakan Nik Aziz dengan nabi dengan bersandarkan hujah 'ulama adalah pewaris nabi' oleh sebuah portal - Utusan

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cuba tanya pada Nik Aziz,

APA HUKUMNYA ORG MENGAKU TERLEBIH SANGAT ISLAMNYA TAPI MENJUAL DAN MELACURKAN AGAMA UTK DAPAT BERKUASA DIDUNIA.

Tanpa Nama berkata...

senang sungguh jadi tok guru...

hambo x bertanggung jawap... habis tugas dia sebagai tok guru...

sebab tu banyak kemungkaran berlaku dlm Pas ni....

ini ke ulamak pewaris nabi kesalahan yg berlaku depan mata tak mampu ditegur... hanya tau memaki hamun dan mengkafirkan org islam lain