Khamis, 26 Januari 2012
KASI PANAS!! Pulau Pinang Sarang Pelacuran Pondan?
Apa dah jadi dengan Pulau Pinang sejak di Perintah oleh DAP? Tujuh orang pondan termasuk seorang warga Indonesia ditahan di beberapa kawasan sekitar Georgetown tengah malam tadi ketika sedang menunggu pelanggan. Mereka yang berumur antara 22 hingga 35 tahun ditahan di Jalan Chulia, Jalan Campbell dan Jalan Penang.
"Kesemua mereka dipercayai sedang menunggu pelanggan. Enam daripadanya merupakan warga tempatan dan seorang warga Indonesia," kata Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt Ahmad Baktiar Kassim yang mengetuai satu operasi bersepadu mencegah jenayah.
Kesemuanya disiasat di bawah Seksyen 377 (B) Akta Seks Luar Tabii dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.Dalam operasi yang sama, empat pengurus premis hiburan di Jalan Ranggoon ditahan kerana beroperasi tanpa lesen dan lesen tamat tempoh.
Turut ditahan ialah 23 pengunjung pusat hiburan terbabit.
Mat Kilau Penang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
patut kerajaan kalau tak nak benda-benda ni merebak dengan lebih teruk hadkan kebenaran visa kepada maksimum 1 bulan je untuk pelancong, maksimum terkumpul 3 bulan dalam setahun, sekarang berbulan-bulan dok Malaysia bila nak cukup masa diorang tu masuk Thailand/Singapork lepas tu masuk balik, tu yang menyebabkan mereka bermaharaja lela.
takde nya pelancong masuk Malaysia nak dok lama-lama habis tinggi 1 bulan, kalau lebih tu nak kerja je.
Thailand - Bidang Masakan(bila serbu diorang tutup kedai).
China - Bidang apa ke lagi, urutan/hiburan dan ...
Vietnam - lebih kurang china.
Filipino - tak berapa pasti.
Indonesia - Malas nak cerita.
Catat Ulasan