Jumaat, 6 Januari 2012

PANAS!! Jabatan Pertahanan Awam Tolong CUCI Markas Pas #saveKedah??

Hiasan semata..

Ada satu cerita pelik tapi benar.. mengenai satu jabatan kerajaan pusat yang beroperasi di Baling, Kedah. Di katakan telah membuat satu kerja AMAL paling pelik dalam sejarah. Mc diberitahu, JPAM dikerahkan oleh pegawai atasannya bergotong-royong membersihkan Markas Pas di Baling.

Apa kena mengena JPAM ni dengan Markas Pas? Kalau mereka membersihkan masjid atau surau, Mc tak persoalkannya, namun.. mereka bekerjasama dengan ahli Pas, turun dan membersihkan markas seolah-olah ia satu tanggung jawab wajib bagi mereka.


Bagus mereka menolong orang dan bergotong royong, namun apa yang Mc lihat di sini. JPAM ini sebenarnya 'telah diserap' dengan virus 'Pakatan Haram' di dalamnya.

Mereka telah condong pada paksi sebenar.

Banyak lagi sebenarnya kakitangan kerajaan yang makan gaji dengan PUSAT tapi kerja dengan NEGERI. Malah mereka pula yang menjadi pengintip 'pencari salah' kerajaan pusat untuk diberi kepada puak Pakatan ini.

Kalau mereka tu dari agensi atau jabatan kerajaan negeri, Mc tak terkilan sangat. Sebab memang kita duduk negeri bawah Pas sekarang ni. Puak depa kawal semua.. kalau boleh hanya orang Pas saja yang boleh kerja dengan negeri. Orang UMNO haram la tak boleh.

Kerajaan dan kementerian perlu melihat ini dengan serius. Ini cuma satu contoh Jabatan kerajaan. Banyak lagi perkara yang sama telah berlaku di Kedah ni.

Banyak lagi yang pelik berlaku sekarang ni.. makin lama, makin pelik.


McTheory:
Sejak bila JPA kerjanya cuci markas Pas?..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Menteri bertanggungjawab sila siasat,ambil tindakan n harap jngan la salah guna kuasa.Ini tak kira bangunan PAS ke , UMNO ke,PKR ke atau DAP ke semuanya jngan la salah guna.Ini JPAM yg ketuanya jenis otak tak betul.Orang macam ni la banyak dlm masyarakat kita hari ini.Tak boleh beza mana intan mana kaca.....he...he.

Tanpa Nama berkata...

KEMENTERIAN BERKENAAN PERLU SIASAT DAN BERI MAKLUM BALAS SAMA ADA TUDUHAN INI BENAR ATAU TIDAK