Khamis, 12 Januari 2012

PANASS!! Pas Kedah Kata UMNO Kedah dah takdak Isu, Kalah dah? @MukhrizMahathir #SaveKedah



Mc ada terbaca artikel di satu blog pro Pas Kedah. Kiranya blog depa yang ni la paling power. Mengegarkan kepimpinan UMNO Kedah suatu ketika dahulu. Dulu laa.. cerita lama boleh simpan. Dulu pun polis pakai seluar pendek, sekarang dah smart.. ala-ala korporat.

Bab UMNO Kedah takdak isu nak serang Pas Kedah ni, Mc takmau ambil peduli sangat pun. Sebab UMNO Kedah bukan peduli kat blogger macam kami ni. Kami bergerak, buat kerja semua sendiri. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.


Sebab tu Mc wujudkan Team Media Kedah (TMK) yang di bantu oleh UMB Pusat. Harap UMNO Kedah bantu, sampai kiamat pun takdak apa.

Mungkin ada blogger Kedah yang dibantu oleh UMNO Kedah, tapi Mc tak nampak pun blogger ni buat kerja. Mc pun taknak tuduh sapa-sapa, tapi mungkin ada. Itu rezeki dia, dia punya pasal la.

Tapi bagi Mc, perjuangan untuk membongkarkan dan menyelongkar perangai busuk semasa pentadbiran Pas Kedah LANGSUNG UMNO Kedah tak pernah bantu kami geng TMK ni.

Kalau ada sesiapa yang CLAIM kata kami ni blogger UMNO Kedah, sorry to say.. its not!

Blog Kedah Ke KL, Media Kedah, Medan Tempur Kedah dan Melayu Kedah Terakhir adalah ahli TMK yang diwujudkan sendiri oleh Mc dan rakan-rakan.

Biarpun kami disini terkontang kanting tanpa bantuan dari negeri, namun semangat kami untuk UMNO menawan semula Kedah tak pernah padam.

Sampai ada orang kata, kalau UMNO menang di Kedah, bukan kerana UMNO Kedah kuat. Tetapi kerana orang Kedah takmau Pas lagi.

Walaupun UMNO negeri tak pedulikan kami. Namun masih ada bahagian dan cawangan yang sudi bekerjasama dengan kami, contohnya Kuala Kedah, Baling, Sungai Petani, Sik dan Padang Terap. Bahagian-bahagian sini yang nampak berusaha nak menang.

Bahagian yang lain, Mc akan cuba hubungi untuk bekerjasama bagi mengorek kebusukkan Pas Kedah. Tu pun kalau hangpa nak menang. Kalau masih dok berkelahi sesama sendiri.. mampuih pi kat hangpa la.

Walaupun Pas Kedah kata UMNO Kedah takdak isu.. tapi disini Mc nak bagitau la.. berlambak-lambak isu Pas Kedah yang ada dalam poket kami ni. Tunggu masa nak dedahkan saja.

Isu duit, isu moral, isu sapu balak, isu beli tanah murah (sama kes macam Dr. Khir Toyo), isu tanah rizab dan lain-lain lagi. Hinggakan isu peribadi (sapu bini orang) pun ada.

Mungkin betul cakap Pas Kedah, UMNO Kedah takdak isu.. tapi kami Blogger Kedah ada banyak isu. Jadi get ready la untuk kena hentam.

Biarlah orang lain berjuang kerana nak kejar pangkat, wang dan kuasa. Tapi kami blogger berjuang kerana kami nak Pakatan Haram kalah dan UMNO menang di Kedah.


McTheory:
lain-lain kita kira belakang.. janji Pas Kedah bagi bungkuih dulu..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak dikeranakan Nik Aziz yang berdendam kesumat terhadap UMNO ada kemungkinan besar Pas dah pun bersama UMNO. Bayangkanlah bertapa kuat nya dendam Nik Aziz tu.Lantaran DENDAM itulah melayu Islam berpecah belah dan menjadi lemah hingga ke hari ini.

Penghalang bertautnya kembali UMNO dan Pas ialah Nik Aziz

Anak Bukit Hijau berkata...

Assalam.

Aku cukup hairan sikap UMNO Kedah.
Kata nak menang.
Tapi bila ada orang nak bantu, buat macam tak heran.
Sombong.

Tapi percayalah bukan itu pendirian ahli dan orang UMNO Kedah,secara total.
Walaupun aku TIDAK bercakap bagi pihak UMNO tetapi sebagai anak Melayu Kedah, masih banyak yang boleh menghargai usaha Mc dankawan-kawan.
Masih banyak yang sangat berharap bantuan dari para blogger seperti Mc dan teman-teman.

Teruskan Mc dan kawan-kawan.