Sabtu, 14 Januari 2012

PANASS!! Ustaz Ismail Kamus Sokong Hasan Ali?

Kenangan lama.. sebelum kesemuanya masuk Pas..

Sudah lama Mc tak membaca artikel dari blog Garamanis. Dalam riuh rendah kisah pemecatan Hasan Ali dari Pas. Tiba-tiba keluar artikel dibawah.

Membaca reaksi Ustaz Ismail Kamus yang mengagumi Dr. Hassan Ali sebagai pemimpin yang bagus dan banyak memberi sumbangan kepada Islam telah memberi keyakinan bahawa apa yang telah dilalui Hassan Ali dalam perjuangannya menegakkan syiar Islam adalah sesuatu yang murni.

Katanya “saya tidak ada apa-apa komen tentang Hassan cuma saya melihat beliau seorang pemimpin yang bagus dan banyak memberikan sumbangan kepada Islam dan parti tetapi sedikit tersilap langkah”


Ya, ramai berpihak beranggapan begitu. Hassan Ali tersilap langkah kerana mengkritik arah tuju perjuangan PAS yang semakin lesu dan meyimpang. Ditambah pula api fitnah kepimpinan dalaman yang mempertikaikan gesaannya agar PAS menjauhi perjuangan Anwar Ibrahim. Inilah nilai sebenar fisabillilah seorang yang sayangkan agama seperti Hassan Ali.

Apa yang tidak boleh diterima Ismail Kamus dengan polemik pemecatan Hassan Ali ialah kehadirannya dalam sidang media Hassan Ali telah mencetus kegusaran dalam kalangan kepimpinan PAS. Banyak cakap-cakap yang merumuskan Ismail Kamus bersetuju dengan Hassan Ali dalam mengkritik parti tetapi benarkah beliau berpendirian sedemikian?

Sebagai sebuah parti bertunjangkan Islam, tingkahlaku curiga sedemikian tidak sepatutnya berlaku. Kenapa ajaran Islam gagal dipraktikkan dalam kalangan pemimpin bagi mengelakkan terjadinya fitnah yang boleh merosakkan PAS.

Kehadiran Ismail Kamus hanyalah dasar seorang kawan yang bersimpati terhadap Hassan Ali. Rumusannya terhadap senario dalaman PAS secara tidak langsung telah mengiyakan bahawa PAS bukanlah parti yang bertunjangkan ajaran Islam. Ianya tidak lebih sebuah parti yang mengidamkan kuasa duniawi. Satu perkara yang tidak sihat dan boleh merosakkan perpaduan ummah.

Apa yang menarik, sikap tidak berterus terang dan gemar bermain dengan spekulasi adalah trend berlarutan dalam PAS. Ini sungguh memalukan kerana PAS mendabik dada kononnya mereka adalah pejuang Islam yang sebenar.

Kita boleh melihat dalam ceramah yang diadakan, pemecatan Hassan Ali merupakan bahan ceramah yang kerap diputar untuk menambahkan lagi kebencian rakyat terhadap Hassan Ali. Sikap buruk ini bukanlah dituntut Islam yang melarang umatnya mengaibkan saudara yang lain. Tambahan, api fitnah terhadap pemimpin lain yang tidak ‘sekepala’ dengan PAS juga turut dijaja dan ditokok tambah.

Bukankah ini ditegah dalam Islam?

Pengakuan Ismail Kamus terhadap segelintir pemimpin yang melemparkan batu sembunyi tangan mengesahkan bahawa ini adalah kesan daripada aktiviti ‘tidak sihat’ PAS selepas bersenggama dengan PKR dan DAP dan kegilaan dalam merampas kuasa politik pasca PRU Ke-12. Ini juga menunjukkan PAS lebih enak untuk mendapatkan kuasa daripada konsisten untuk meyuburkan pepaduan ummah.


McTheory:
Pas makin teruk.. makin rosakk!!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rakyat umum dah maklum akan kecelaruan dan simpang siur dasar perjuangan PAS.Lihat saja Konvensyen Pakatan Rakyat yang dikendalikan oleh Mahfuz. Sepi.. tak dapat sokongan.. lebih ketara bila Mahfuz Berucap Merasmikan Konvensyen mewakili Azizan MB ramai peserta keluar dewan..menyampah..MB Azizan pun satu dah tau dah orang tak berkenan dengan mangkuk tu, buat apa suruh dia rasmi? Nak anjur konvensyen 3 parti pun tak leh dah la tu dinegeri yang Pakatan perintah lak tu. Cakap macam guruh nak bawa hujan. Hampeih...taik kucing. Tu pun jangan nak jadi MB..

Tanpa Nama berkata...

Kesian hangpa...nooo... tara modal dahhh..

Nok berkata...

kejatuhan saolah2 satu gerak mula dari allah...semua yg terjadi adalah bibit2 kejatuhan parti pas yg dikatakan parti islam...satu2 isu terkeluar sebagai menandakan parti pas akan tersungkur tak berapa lama lagi insyaallah.......

cuba anda bayangkan muka2 pemimpin2 PR yg haprak anuar ibrahim ,mat sabu, Mr bean,khalid ibrahim, khalid gereja,zulkifli ahmad...dan ramai lagi......azmin????? sam ketot cikgu bad....letih letih....yg sama standard dgn BN pun hanya menteri KDN kerismuddin aje....he heh heh...

Tanpa Nama berkata...

Pas ttp akan perjuangan agama Allah dgn berpandukn Al-quran dn sunnah.. Hasan Ali bgus.. cuma dia dh xsanggup nk teruskn perjuangan lg brsama Pas,xpelah itu pilihan dia..Pas akan terus maju ke depan selagi mana agama Allah d tegakkn, walaupn kalah skali pn, itu dunia tp d akhirat ttp menang...