Rabu, 1 Februari 2012

PANASS!! Politik Kedah, Ahmad Lutfi Othman, Buta ka Pekak?


Lawak ada sedih pun ada bila Mc baca ulasan dari Ahmad Lutfi Othman yang mengulas mengenai politik negeri Kedah. Katanya pentadbiran Pas Kedah ni takdak masalah dan tak banyak isu yang boleh UMNO Kedah mainkan. Mc rasa Ahmad Lutfi pengarang haramkah ni baru datang ke Malaysia kah? Atau baru bangun tidur? atau mengalami penyakit pekak, bisu dan buta?

Ataupun Ahmad Lutfi ni hanya membaca harakah hinggakan otaknya beku dan tidak berkembang menjadi bodoh sebegitu.


Kalau Ahmad Lutfi kata Pas Kedah tak terima cabaran yang banyak dari UMNO Kedah, Mc setuju dengan apa yang dia kata. Namun itu dulu.. sekarang ni, jentera UMNO Kedah pun dah bergerak, walaupun tak selaju jentera di negeri lain, tapi boleh la dari tak bergerak langsung.

Mc bukan nak komen pasal UMNO Kedah, Mc cuma nak ceritakan situasi yang sebenar dan apa isu yang telah timbul di Kedah. Mc rasa Mat Lutfi ni taktau apa-apa pasal Kedah, sebabnya mungkin dia mengalami masalah kesedaran diri tahap rendah. Hingga tidak tahu apa yang berlaku disekelilingnya sekarang.

Takkanlah Mat Lutfi tak pernah dengar isu Balak Anugerah, balak kurniaan kerajaan negeri kepada pembalak hingga licin habis gunung dan bukit di Kedah ni disapu mereka. Malah ekosistem pun terjejas akibat pembalakkan membabi buta.

Isu kedua, ialah isu permit bersihkan sungai, kerajaan negeri keluarkan permit bersihkan sungai kepada pemaju, yang menjadi persoalannya cara mereka bersihkan sungai tu, sekali bersih sampai ada 100 lori angkut pasir keluar. Nak bersih sungai ka nak sapu pasir sungai?

Isu ketiga ialah berkenaan projek Keli-K yang mengalami kerugian berjuta-juta. Apabila disoal apa tindakan mereka untuk menyelamatkan projek berkenaan, ada wakil kerajaan negeri bersuara dengan mengatakan sebelum projek Keli-K bermula, mereka telah pun untung berjuta-juta hasil tebangan balak dan pasir ditempat berkenaan. Patut la ada orang kata ikan di Keli-K makan balak dan pasir. Depa bela Keli, tapi balak dan pasir yang habis di kaut! he he..

Kemudian muncul isu keempat, Tanah wakaf Madrasah Salihiah, apabila MAIK telah menjual tanah wakaf yang sepatutnya dimajukan untuk umat Islam beribadat, tetapi ianya dijual kepada pemaju cina kapir harbi untuk dijadikan shopping mall. Malah pengurusan jual beli tanah wakaf tersebut juga melibatkan pelbagai penyelewengan.

Isu kelima ialah isu Air di Baling, yang semakin tercemar. Akibat dari pembalakkan yang tidak terkawal, air tadahan untuk sumber rakyat Baling telah dicemari dengan tanah-tanah merah. Hingga menyebabkan air paip yang dibekalkan kepada rakyat Baling begitu keroh sekali. Seakan-akan Sungai Klang di Lembah Kelang.

Isu keenam juga membabitkan aktiviti pembalakkan, iaitu ekosistem yang terjejas akibat pembalakkan yang semakin mengila dan menyebabkan tikus hutan berpindah ke kawasan peranginan seperti Bukit Hijau, Lata Bayu, Lata Mengkuang dan Sedim. Akibat dari perpindahan itu, tempat-tempat peranginan telah dipenuhi dengan tikus dan haiwan liar, hingga ada pengunjung yang sudah terkena kencing tikus dan mengakibatkan kematian. Setakat ini sudah ada 3 kematian!

Isu ketujuh adalah isu kuari batu Gunung Pulai juga di Baling. Kerajaan Pas Kedah cuba menjual Gunung Pulai kepada taukeh kuari batu dari Ipoh Perak dengan harga RM50 juta. Namun ia mendapat tentangan hebat dari penduduk disekeliling Gunung tersebut kerana, kuari batu boleh menjejaskan perkampungan dan kehidupan mereka. Namun Mc dimaklumkan isu itu masih lagi belum selesai, pihak pemaju kuari dan kerajaan negeri sedang berusaha memujuk penduduk kampung supaya bersetuju.

Ini baru tujuh isu yang Mc utarakan. Sebenarnya banyak lagi isu yang telah muncul di Kedah. Semuanya hasil pemerintahan entah apa-apa entah yang tidak pernah berkesudahan. Jika mahu disenaraikan rasanya jenuh juga kot.

Sebenarnya kerajaan Pas Kedah sudah semakin nazak dalam sumber kewangan. Ditambah pula dengan perpecahan dalaman dan pentadbiran yang lemah, hingga menyebabkan negeri Kedah kacau bilau dan tidak terurus. Kerajaan negeri sekarang sudah tidak relevan lagi, jika Pas masih memegang teraju kerajaan selepas ini, Insyallah.. Kerajaan Kedah akan bankrup dan gulung tikar! Apakah kita mahu duduk dibawah kerajaan yang bankrup? Tepuk dada tanya iman.


McTheory:
Fikir untuk masa depan, bukan untuk diri sendiri!

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

umngok kedah ni menipu je kejenya.semua ni temberang ni..

Tanpa Nama berkata...

umngok kedah ni menipu je kejenya.semua ni temberang ni..

Tanpa Nama berkata...

Tanpa nama 112 ptg....hang lagi teruk drpd OKU. Hang tak nampak ka keliling hang. Cuba hang pi minum air di Baling,hang pi tengok Pantai Merdeka, hang pi tanya pengurusan UUM dan banyak lagi lah kalau hang mahu.... tapi hang jenis dungu .

Tanpa Nama berkata...

jalan byk lubang, depa tampong saja tak turap sepenuhnya. kalau dulu dkt pilihanraya kat kampung2 merasa la jugak mini tar baru....la ni haramm...Peruntukan jalan kjaan pusat bagi, depa buat bayaq gaji depa sendiri, tak buat kerjaa pun sapu gak gaji! apa punya lebai!

Tanpa Nama berkata...

Masaalahnyaaa... barua Lotfi Osman yang tulis dalam Harakah buta mata, buta peghut dan buta segala-galanya.

Berlambak-lambak orang tulus pasal isu PR Kerajaan Kedah ni. Pasal balak. pasal pasir kena curi, pasal KUIN, pasal SULLIH, pasal sampah berselerak meghata pekan, pasal tempat sembeleh babi, pasal pusat maksiat bertaburan merata bandar dan pekan-pekan kecil, pasal bergaduh dalam PAS berebut jawatan MB, pasal berebut rm600juta MB dan Phahrulrazi/Dr Ismail, pasal jual tanah wakaf khas Surau Salihiah nak dijual oleh Keraan PAS kapada Sanny Ho, pasal Exco kawin bini orang, pasal PKR/PAS/DAP berebut kursi. Pasal Kerajaan Negeri tak bantu beribu-ribu mangsa banjir, fasal duit rakyat dari BDP hilang rm4juta, pasal pelajar KUIN kena buang, pasal tutup Pusat Tahfiz KUIN, pasal manifesto yang janji PR sabelum PRU12 tak laksana.

Ooooooiii... jika nak sebut terlalu banyak. Tapi yang disebut, Pemimpin PAS/PR buat tak tau jeeeerrrr... Semua yang disebut dibangkit dalam Media-media dan dibaca oleh rakyat termasuk gulungan muda dikampong-kampong, dibandar-bandar dan di IPT-IPT. Isu-isu ini pemimpin PR/PAS takut nak, jawab takut terjerat dengan persoalan-persoalan yang akan dibangkitkan lagi mengenai isu-isu tersebut. Itulah tanda-tanda pemimpin PAS/PR ini pengecut dan tak dak teloq nak berhadapan dengan rakyat. Yang depa pandai dok jawab tempat ceramah. Cuba dalam ceramah dibenar berdailog, depa laghi macam tu jeeeerrrr.....

Ini bodoh punya penulis artikal dalam harakah, kata tak dak isu yang nak dibangkitkan oleh UMNO. Isu-isu yang UMNO bangkitkan tulah yang jadi Ostaz Azizan masuk wat ICU di IJN.

Tanpa Nama berkata...

Saya bukanlah penyokong UMNO atau penyokong Pakatan Rakyat namun pada pandangan saya Ahmad Lutfi Othman ini bukan buta cuma dia terlalu taksub dengan partinya sehingga dia sudah tidak mampu lagi untuk melihat yang mana baik dan yang mana buruk.

Dia hanya nampak kebaikan partinya sahaja dan dia hanya nampak keburukan UMNO sahaja. Oleh itu, dia sudah tidak boleh lagi mendedahkan kebenaran. Kebenaran yang dia dedahkan pun hanya untuk kepentingan partinya sahaja.