Khamis, 29 Mac 2012

GEMPAR!! Di Kedah, Wajah Hantu Perempuan Muncul di Pokok!!

Gempar di Kedah khususnya bagi penduduk di kampung gunung dipinggir taman rekreasi Gunung Keriang Kedah.

Ini disebabkan terdapat jelmaan wajah mirip seorang wanita yang muncul pada sebatang pokok akasia di taman itu.

Menurut seorang penduduk disitu, 3 malam berturut turut penduduk sekitar mendakwa mendengar tangisan seorang perempuan dari pokok akasia ini. Tidak lama selepas itu satu lagi peristiwa misteri berlaku pada batang pokok ini.

Seorang kanak kanak melihat bentuk manusia dari paras kepala hingga kepinggang dengan mirip wajah seorang wanita berambut panjang mengurai.


Penemuan misteri ini menarik perhatian orang ramai untuk melihat dengan lebih dekat wajah manusia tersebut. Namun ada pula didakwa melakukan pemujaan di perdu pokok untuk niat tertentu.


MPP

2 ulasan:

meUher berkata...

Jgn jdi macam kaum beragama HINDU! Mirip je maka memuja pun bermula.....bila orang Islam ni nak dewasa????

Tanpa Nama berkata...

Jauhkan diri dpd perbuatan syirik.

Teringat aku masa kecik dulu atuk aku ada pokok kelapa kembar yang bercantum dibahagian pangkalnya. Ada orang yg tak bertanggungjawab dtg menyembah. Letak lilin letak buah.nak dapat no ekor le kononnya.
Alhamdulillah atuk aku ni orang yg taat pada agama. sakit hati dan mata atuk tengok perbuatan orang tu......maka atuk aku pun tebanglah pokok kelapa tu..
Kejadian tu berlaku awal tahun 80 an.
Kini atuk dah tak ada. Telah kembali kerahmatullah pada malam jumaat 22.7.10.
Alfatihah untuk atuk aku Allahyarham Talib Abd Rahman.

Ingatlah saudara islamku semua.jangan sesekali kita mensyirikkan ALLAH.

Nor