Selasa, 6 Mac 2012

TUDIAA!! Mahfuz Omar LETAK JAWATAN??



Mahfuz ni MP ka penyiasat persendirian? Main tuduh sesuka hati ja pun. Baik letak jawatan dari Mp. Buka syarikat siasatan Mahput Omaq. hehe..

Selepas membuat tuduhan kepada Dr Hasan Ali dan KBS pasal sponsor RM 30juta untuk siri jelajah Dr Hasan Ali..hari ni matpuz dengan gelabah bewaknya terpaksa meletakkan tanda tanya kepada KBS bagi memohon penjelasan tentang pekara itu setelah Dr Hasan Ali mahu menyamannya kerana kebodohan tahap SRP membuat tuduhan melulu kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Dr Hasan Ali.


Sebelum ni Dr Hasan Ali dan Menteri KBS Datuk Ahmad Shabery membuat penafian yang KBS terlibat terlibat dalam penganjuran diri jelajah JATI.

baca kenyataan Dr hasan Ali kat bawah

"Hasan Ali hari ini berkata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Naib Presiden PAS,Mahfuz Omar, kerana memfitnah beliau menerima tajaan kementerian belia dan sukan.Sambil menafikan dakwaan Mahfuz, Hasan memberitahu saman tersebut akan difailkan dalam waktu terdekat dan peguamnya sedang meneliti perkara itu kerana menjejaskan kredibilitinya sebagai pemimpin politik, NGO serta pakar motivasi.

Mahfuz sebelum ini dalam satu sidang media menuduh NGO Melayu Jalur Tiga (JATI) yang diterajui Hasan Ali menerima tajaan RM30 juta dari kementerian belia dan sukan untuk membiayai 2,000 program latihan.

Dakwaan itu turut dikecam oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery yang menganggap Mahfuz berbohong dan kebudak-budakan.Suatu yang menarik bila Hasan Ali menyifatkan Mahfuz adalah "kuda tunggangan kumpulan parasit dalam PAS". Perkara tersebut seolah dibuktikan sendiri oleh Mahfuz berdasarkan beberapa kenyataan sebelum ini."

Kenyataan Matput selepas mahu di saman oleh Dr Hasan Ali

“Ikut dialah nak saman saya, saya bukan tuduh dia pun.” Demikian kata Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar ketika mengulas kenyataan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali semalam, mengumumkan mahu menyaman beliau berhubung dakwaan ditaja oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Beliau menegaskan, kenyataannya bukan tuduhan melulu, tetapi cuma mahu Kementerian Belia dan Sukan memberi penjelasan tentang isu tajaan lebih 2,000 program ceramah Hasan.

“Saya bukan tuduh dia (Hasan), saya hanya minta KBS beri penjelasan dan mahu kes ini disiasat dan diaudit, kenapa dia pula yang nak melatah. Kalau yang nak saman pun bukan dia, dia tak ada hak nak saman sebab bukan saya cakap dia terima duit, tetapi program dia ditaja.

"Jika terniat nak saman pun KBS, bukan dia,” kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Semalam, Hasan mengeluarkan kenyataan mahu menyaman Mahfuz berikutan tuduhan bahawa Kementerian Belia dan Sukan akan menaja lebih 2,000 program ceramahnya.Mahfuz berkata, Hasan hanya salah faham dan oleh itu, diminta jangan berperangai seperti orang yang mengalami histeria.“Orang bukan tuduh dia ambil duit atau apa, kami minta penjelasan Kementerian Belia dan Sukan saja, kenapa perlu dia melatah sampai nak saman,” katanya.



McTheory:
mahfuz dah kecut teloq ka? ha ha ha..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kecut perut la tu...