Jumaat, 2 Mac 2012
TUDIAA!! Tok Bashah Cari Pasal Dengan Bloggers??
Dua tiga hari ni Mc lihat rakan-rakan blogger galak menghentam Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Ahmad bashah. Hinggakan gambar beliau di paket beras pun di pertikaikan.
Gambar di paket beras tu, sebenarnya biasa dalam politik. Bukan saja UMNO mengunakan pendekatan begitu untuk promosi diri. Puak Pakatan Haram pun mengunakan pendekatan yang sama untuk menjual diri mereka kepada rakyat.
Untuk pengetahuan pembaca dan rakan blogger. Paket beras yang gambar Tok Bashah tu sebenarnya, hanya untuk sempena Tahun Baru Cina. Paket beras bersama lukam dipaketkan sekali untuk diberi kepada kaum cina yang tinggal di Perumahan Awam Mergong.
Tentunya gambar di paket beras itu bakal mempromosi diri dan membuatkan rakyat yang menerima tahu siapa yang memberi.
Mc merayu sahabat-sahabat blogger, minta penjelasan dari Mc dahulu sebelum menghentam pentadbiran UMNO Kedah. Mungkin UMNO Kedah di lihat tidak berubah, namun sebenarnya ia banyak berubah dari sebelum-sebelum ini.
Sebenarnya, dulu Mc juga tak berapa yakin Tok Bashah mampu menjadi Ketua UMNO di Kedah ni. Namun selepas selalu mengikuti program beliau dan kenal cara beliau bekerja. Mc rasa beliau boleh jadi MB Kedah jika BN menang kelak.
Biasa la politik, ada yang suka dan ada yang tidak.
Walaupun Mc seorang blogger 'hardcore' Tun Dr Mahathir dan Mukhriz, namun Kedah sememangnya sesuai untuk Tok Bashah. Mukhriz masa depannya lebih terserlah untuk menjadi menteri penuh di pusat. Jangan bazirkan masa orang muda dengan mentadbir sebuah negeri. Mukhriz boleh pergi jauh, biarkan beliau mendaki tangga untuk ke pentadbiran pusat.
Mc cuma minta, Tok Bashah lebih 'jiwa' untuk menjadi pemimpin negeri. Jangan terlalu mengharapkan orang bawah untuk selesaikan sesuatu. Umpamanya masalah bloggers, jentera alam maya. Sampai sekarang Mc tak nampak jalan penyelesaiannya. Apakah susah untuk menyelesaikan masalah ini?
Bagaimana UMNO Kedah nak tadbir negeri, kalau masalah kecil macam ni pun gagal di selesaikan?
Maaf ini hanya pendapat peribadi dari seorang blogger yang sayangkan UMNO negeri.
McTheory:
Melukut di tepi gantang, atau gantung tak bertali?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 ulasan:
Terbaru: mahadhir kata hudud x ada dlm Quran..hidup mahadhir!..cayalah
Benda dalaman, settle ikut cara dalaman... Jgn jadi mcm Pas di Kedah!!
RAJA NONG CHIK NYARIS TERLIBAT KEMALANGAN MAUT DI BRICKFIELDS! Baca di sini...
http://apakecoh2.blogspot.com/
Tok Bashah punya komitmen tinggi dalm keperluan blogger.
Beliau telah pun menyalurkan urusan ini kepada jentera penerangan. Jentera penerangan lembab dan tak bermaya.
Justru seorang pembantu kpd jentera ini dilantik baru-baru ini. Beliau bergelar ustad.
Kita harap ustad ini akan bergerak pantas,sepantas dunia cyber.
Yang tak mampu mengikuti perkembangan cyber boleh letak jawatan kot?
masaalahnya permasaalahan masakini dan politik baru sekarang ini perlu diselesaikan dengan cara yang bukan konvennsional.. malangnya kepimpinan UMNO negeri sekarang tak mampu memahaminya dan masih gaya dan cara lama...Banyak peluang yang ujud sekarang ini di Kedah untuk Umno lebih agresif tapi nampaknya masih main politik nasi tambah dan tukang lawak jugak lagi...ni cerita gambar di bag beras ni apa ? orang dah muak tengok muka pemimpin setengah masak tak yah lah bubuh!
bila dato bashah nak jumpa blogger ni :-)
kepada blogger yg sokong umno, tolonglah,jgn. jadi pelesit dalam umno, kerja dengan ikhlas tak payah kutuk, Ahmad Bashah ke sapa ke, klu boleh tolong, tolonglah, kalau ditakdir oleh Allah macam2 boleh jadi, pra blogger fikirlah sendiri jangan terlalu angkuh seolah kita yg tentukan nasib seseorang tu. Semuanya Allah yg tentukan.
gentingsena!
Hang blogger ka? atau baru berjinak-jinak nak jadi blogger? kalau tak tau apa2, baik duduk diam da..
Catat Ulasan