Gambar dibawah merupakan gambar demo yang diambil dari geng TMK yang melaporkan dari tempat kejadian!!
PERKASA dan NGO-NGO Kuala Muda/Sungai Petani hari ini telah mengadakan bantahan terhadap BERSIH 3.0, di Jam Besar Sungai Petani, dalam masa yang sama Pakatan Haram juga membuat demonstrasi bantahan terhadap LYNAS, kejadian ejek mengejek juga telah berlaku. Pakatan Haram majoriti kebanyakkannya Ahli PAS memang melebihi jumlah NGO, namun ia tidak mematahkan semangat NGO-NGO untuk menentang BERSIH 3.0
Antara NGO yang turun membantah BERSIH 3.0 adalah Persatuan Bekas-Bekas Prajurit, yang di wakili Kapten (B) Mohd Sattar Hj Mohd Saad-Ketua Persatuan Bekas Tentera Malaysia(PBTM) Sungai Petani. PERKASA pula diwakili oleh Mejar(B) Hj Anuar Abdul Hamid, Pengerusi PERKASA Kuala Muda.
Tujuan NGO-NGO adakan bantahan kerana mereka melihat BERSIH 3.0 hanya merupakan agenda jahat politik yang dicipta oleh Pakatan Haram, bukan untuk membersihkan Pilihanraya, tetapi lebih kepada mencetuskan huru-hara dalam negara bagi mencapat matlamat.
Pakatan haram terpaksa mengimport ahli dari luar untuk membuat huru-hara di Sungai Petani, kekuatan Pakatan Haram di Sungai Petani sudah tiada, lebih-lebih lagi bagi Parlimen Merbok, boleh di katakan PKR Merbok sudah hilang taring disebabkan permasalahan dalaman mereka.
Mereka sengaja membuat bantahan dan demo semata-mata untuk menunjukkan bahawa Pakatan Haram masih kuat di Sungai Petani, hakikat yang sebenar mereka KOSONG dan tiada lagi pengaruh untuk mengekalkan kerusi parlimen Sungai Petani.
McTheory:
Depa ni macam Anjing la, menyalak saja lebih.. tapi apa pun tarak!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan