Khamis, 17 Mei 2012

GEMPAR!! Hari Belia Ada Program JOM Berchenta? Apa benda tu? #HBN2012

berchenta?? aikk..


Jom berchenta? program apa pulak ni? Lain macam saja bunyinya.. ajak orang bercinta ke?

Tema program ini telah membuatkan ramai orang ingin tahu program apakah yang akan dilakukan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS). ‘Jom Berchenta’ adalah tema bagi program Klinik Kaunseling dan Bimbingan Belia (KKBB) yang akan diadakan Sempena Hari Belia Negara 2012 di Putrajaya pada 23 hingga 27 Mei 2012.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) amat mengalu-alu kan kepada belia yang berminat untuk menyertainya. Program ini menjadi platform kepada orang muda untuk mendapat nasihat mengenai pelbagai aspek kehidupan. Antara khidmat nasihat yang akan diadakan merangkumi aspek kerjaya, keusahawanan, kekeluargaan, pendidikan , kesihatan, kewangan peribadi, agama dan wanita.

Program ini akan mengumpulkan pakar-pakar khidmat nasihat yang terkenal dalam negara ini untuk membantu belia yang ingin mendapat khidmat kaunseling. Program ini bagi mendekatkan golongan muda yang mempunyai masalah yang memerlukan jalan penyelesaian.

Golongan sasaran bagi program ini adalah penjawat awam muda, pekerja sektor swasta, ibubapa muda, mahasiswa dan pelajar sekolah. Bilik-bilik khas akan disediakan untuk para peserta yang memerlukan sesi kaunseling dan bimbingan yang bersifat peribadi. Selain ruang untuk sesi berkumpulan.

Selain program ini terdapat banyak program yang akan diadakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) baik dari segi persembahan artis dalam dan luar Negara, keusahawanan, kesukanan dan lain-lain. Bagi yang sedang menuju ke alam perkahwinan dialu-alukan menyertai program ‘Titian Cinta’ . Antara program ‘Titian Cinta’ terdapat banyak acara yang dilakukan contohnya seperti solekan, Persandingan 1 Malaysia, kursus perkahwinan dan lain-lain.

Orang ranai yang berminat untuk menyertai program yang akan diadakn di Hari Belia Negara nanti boleh melayari laman web Kementerian Belia dan Sukan (KBS) iaitu www.kbs.gov.my/portal dan Hari Belia Negara 2012 iaitu http://www.hbn.gov.my


McTheory:
OOooo.. ingat kan apa.. he he..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sound Sistem terbaik masa aku jalan2 tu kat pentas bangra hindustan. gila punya kuat kalah pentas utama