Rabu, 30 Mei 2012

PANASS!! Anwar KENCING Kaum India Lagi!! #saveKedah

Muka macam ni nak percaya?

Anwar memang terkenal dengan manusia yang suka berjanji. Dia tabur janji sana, dia tabur janji sini. Kes paling hebat dalam berjanji ialah kes Kampung Buah Pala. Dia buat janji, umpama dia tuhan. Katanya andai Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang, Kampung Buah Pala akan selamat. Namun selepas tu apa jadi?

Tengok dibawah ni..


Itu kisah kampung Buah Pala, sebenarnya banyak lagi contoh yang boleh Mc bawa, cuma itu salah satu contoh nyata pembohongan Anwar.

Terbaru kes pembohongan kali ini terjadi di Kulim Bandar Baharu.

Pada bulan lepas Anwar ada datang ke Kedah untuk membuat 'roadshow' ceramahnya. Bagi menunjukkan setiap ceramah Anwar di Kedah ramai, Anwar meminta bantuan daripada kaum india PKR di Kulim Bandar Baharu untuk beri beliau sokongan. Di janjikan, setiap orang yang pergi akan diberi wang saku rm50 seorang dan bas percuma.

Maka berduyun-duyunlah pekerja estet dan kilang kaum india yang bersemangat 'PKR' turun padang untuk menyokong Anwar. Di angkutnya berbas-bas untuk pergi  menyorak dan bertepuk tangan demi Anwar dan memaki UMNO/BN.

Mereka sanggup tidak bekerja, walaupun kehidupan mereka susah. Demi Anwar.. mereka sanggup ponteng kerja, tak turun berkebun, tak turun keladang. Kononnya demi perjuangan.

Namun setelah selesai ceramah, Anwar pun dah pulang ke Kuala Lumpur.. wang saku yang dijanjikan tidak tiba. Akhirnya ketua rombongan yang Mc panggil Mr Krish, terpaksa menahan maki. Saban hari pekerja estet yang dijanjikan rm50 menemui beliau dan meminta wang kepadanya. Sedangkan beliau 1 sen pun tak diberi Anwar untuk berikan kepada mereka.

Akhirnya beliau sedar, Anwar hanya mempergunakan beliau dan orang-orangnya. Anwar hanya pandai berjanji, tapi tidak tepati. Akhirnya, nama beliau yang busuk kerana orang memanggil beliau dengan gelaran penipu. Sedangkan Anwar yang menipu, beliau pun terbabit sekali.

Sejak daripada itu, setiap kali beliau nampak bendera PKR dan poster muka Anwar. Beliau terasa bagai nak ludah saja bendera dan muka Anwar tu. Kerana janji Anwar, beliau tidak lagi dihormati dan digelar penipu.

Anwar memang menganggap kaum india sebagai kaum yang tidak penting. Termasuk kali ini, dah berapa kali Anwar menipu kaum india? apakah kaum india masih mahu menyokong Anwar? Dah pelbagai janji yang beliau taburkan. Malah sudah dua ahli parlimen PKR, Rashid Din dan Joe Bedul menghina kaum india dengan mengatakan undi kaum india tidak penting bagi mereka.

Undi kaum india tak penting bagi PKR. Oleh yang demikian, kaum india patut boikot PKR pada PRU kali ni. tak payah nak terhegeh-hegeh nak bagi undi pada mereka. Orang dah tak sudi nak sokong buat apa lagi, betul tak?


McTheory:
Tunjukkan pada Anwar, kaum india juga ada power..

Tiada ulasan: