Akhirnya ada juga peguam yang bertindak keatas majlis peguam. Sampai bila nak tengok saja?? Majlis Peguam atau lebih dikenali sebagai BARua Council terlalu angkuh dan berlagak. Mereka ingat mereka adalah suara semua peguam di Malaysia. Rupanya ramai lagi yang menentang mereka, cuma malas nak kedepan.
Cuma jika dibiarkan, Mc pasti puak BARua Council ni akan jadi semakin melampau dan berlemak.
Seorang peguam hari ini memfailkan saman terhadap Majlis Peguam, presidennya Lim Chee Wee dan dua pihak lagi berhubung usul yang diluluskan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Majlis Peguam, minggu lepas.
Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz memfailkan writ saman tersebut menerusi Tetuan Azam Aziz & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.
Beliau menamakan Majlis Peguam sebagai defendan pertama manakala Badan Peguam, Lim dan setiausaha Majlis Peguam Tony Woon Yeow Thong sebagai defendan kedua hingga keempat.
Menerusi penyata tuntutan, Mohd Khairul Azam yang merupakan salah seorang ahli Majlis dan Badan Peguam mendakwa notis panggilan EGM bertarikh 4 Mei lalu adalah tidak sah dan bertentangan dengan Akta Profesion Undang-undang 1976.
Beliau juga mendakwa bahawa usul yang diluluskan dalam EGM bertarikh 11 Mei lalu adalah terbatal dan menjurus kepada kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948.
Selain memohon deklarasi bahawa notis dan usul EGM tidak sah, Mohd Khairul turut memohon injunksi melarang defendan daripada menulis atau menyebarkan apa-apa perkara berkaitan EGM tersebut. - BERNAMA
Masa EGM BARua Council, mengikut apa yang diberitahu oleh Khairul Azam, ada pelbagai penipuan undian. Termasuk ada pengundi hantu dan orang yang tidak sepatutnya mengundi pun ada boleh mengundi dalam EGM yang lepas.
Dimana etika EGM BARua Council yang kononnya telus dan menentang penipuan dalam Pilihanraya? Sedangkan dalam EGM sendiri pun mereka menipu dan mengunakan pengundi hantu? Nampak sangat, BARua Council hanya berpolitik mengikut rentak pembangkang. Komplain SPR macam-macam, kata tak adil, berat sebelah, pengundi hantu, akhirnya semuanya ludah ke muka sendiri. Cakap tak serupa bikin..
McTheory:
Bubar saja BARua Council tu, tubuhkan saja yang baru..
1 ulasan:
Memang dari dulu Bar Council pro pembangkang.
KERANA TERDESAK, NURUL IZZAH KERAH RAJA PETRA SERANG RAJA NONG CHIK? Baca di sini!
http://apakecoh2.blogspot.com/
Catat Ulasan