Ahad, 13 Mei 2012

TUDIAA!! Ada 5 Lagi Artis Nak Masuk Pas Minta Pengampunan!! #PASrabut

artis ini kah?? hiasan saja..

Macam tak percaya Mc apabila Pas kata ada lagi 5 artis nak masuk Pas. Biaq btui.. Mc dok jangka, artis yang nak masuk Pas ni gerenti yang hawaq-hawaq punya la. Masa muda dok buat maksiat sana-sini, bila tua nak insaf, nak masuk syurga cepat pi sign borang Pas. he he he..

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPP Wilayah Persekutuan) mendakwa seramai lima artis akan menyertai parti berkenaan dalam masa terdekat.

Ketuanya, Kamaruzaman Mohamad mendakwa, kelima-lima artis terbabit dijadual menyerahkan borang keahlian PAS pada 13 Mei ini di Dewan Kohilal, Diamond Square, Kuala Lumpur.

“Penyerahan borang diadakan bersempena Muktamar Tahunan DPP Wilayah Persekutuan yang akan berlangsung di lokasi yang sama.

“Lima artis ini akan turut hadir bagi menyerahkan borang keahlian sebagai tanda kebersamaan mereka dengan PAS,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Kamaruzaman seterusnya mendakwa, sebagai simbolik kepada sokongan terhadap kempen Bersih 3.0 yang menuntut pilihanraya yang bersih dan adil, kesemua Exco dan perwakilan muktamar itu akan memakai baju Bersih.

Menurut beliau, muktamar yang memberi fokus kepada persediaan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 itu akan dirasmikan oleh Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd. Khalil Abdul Hadi. - Mynewshub.my


McTheory:
Nik Aziz dengan Hadi pun belum tentu, syurga.. heh..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

slm...bukan syurga, pahala yg org nak. tapi nak Allah melebihi segala-galanya krn syurga n pahala itu urusan Allah..kita x hak untuk tentukan sapa dapat.banyak ciri islam dlm pas. tp banyak ciri kafir yg jd ikutan umno..paling mudah pasal aurat, bersentuh bukan muhrim, budaya hedoisme yg diagung2 n cara hidup yg x mengikut saranan islam.semua lengkap ditunjukkan oleh UMNO..pk sejenak sblm buat tuduhan n penilaian...

Tanpa Nama berkata...

YaAllah aku berjuang demi mu... Setakat ni.. Parti pas sahaja yg btl2 nk tgakkan islam... Kalau umno btl2 berjuang atas jln Allah akan aku sertai umno... Tapi sekarang pas yg sbtl2nya mgamalkan ciri2 islam... Telan la walau pahit saudaraku sblm terlambat.... Semua ni akan di soal...jgnlah mngikut hawa nafsu... Semoga kita semua mendapat rahmat dan hidayah dari tuhan.. Amin.

Tanpa Nama berkata...

lantak la dorang nk masuk pati mane pun...kite sedar la mne yg baik mne yg buruk...ade mate..tenguk