Rabu, 16 Mei 2012
TUDIAA!! Pengakuan Unit Amal KANTOIkan Pas dan Pakatan Haram!! #DearAmbiga #Bersih3
Kenyataan Pengarah jabatan Amal, yang mengawal Unit Amal Pas seluruh negara mengakui bahawa, Perhimpunan Bersih kali ini tidak terkawal dan peserta Bersih merusuh dan merosakkan segala harta benda awam dan kenderaan polis.
Sebelum ini Ambiga, Anwar dan pemimpin Pakatan lain menyalahkan pihak polis 100% mengenai kekecohan di perhimpunan Bersih, namun selepas Ketua Pengarah mengKANTOIkan keadaan, teringin juga Mc lihat reaksi dari puak-puak bangang ni. Baca apa yang ketua unit amal ni kata dulu..
Ketua Pengarah Jabatan Amal, Juhari Osman berkata, ketika keadaan tidak terkawal pada perhimpunan BERSIH 3.0, di Kuala Lumpur, 28 April lalu, beliau mengarahkan supaya semua anggota unit amal yang bilangan dianggarkan 2,000 orang supaya beredar daripada kawasan berkenaan.
Menurutnya, kejadian tersebut berlaku selepas jam 4 petang di mana kebanyakan peserta gagal mematuhi arahan biarpun disaran supaya beredar.
"Kira-kira jam 4 petang, memang saya ada keluarkan arahan supaya mereka beredar menerusi radio dan sewaktu menghubungi pihak yang mengetuai pasukan bertugas mereka jelaskan supaya balik sebab keadaan tidak terkawal.
"Sebelum ini peserta ikut arahan tetapi kali ini nampak liar dan ketika berlakunya insiden menterbalikkan kereta, kejadian itu berlaku pukul 5 dan walaupun ada arahan daripada pimpinan Pakatan Rakyat, untuk kita turun tetapi kita memikirkan risikonya tinggi jadi kami tidak turun.
"Setelah peranan kita tidak dapat diikuti oleh peserta jadi kita tidak mampu berbuat apa-apa dan saya tidak pasti sama ada ia merupakan satu provokasi daripada pihak lain," katanya.
Pengarah unit Amal pun tak pasti bahawa provokasi dimulakan oleh siapa. Sedangkan pihak pemimpin Pakatan haram dan penganjur Bersih tak sudah-sudah menyalahkan polis. Kat bawah Mc sertakan video untuk pembaca menilai, siapa yang mulakan dulu!!
McTheory:
Sapa yang mula, kalau bukan setan-setan berbaju kuning tuuu..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan