Khamis, 7 Jun 2012

EKSKLUSIF DAN PANASS!! Kejadian Pelik Tapi Benar Di Gunung Inas, Baling, Kedah!! Wajib Baca! #SaveKedah

Air adalah anugerah ciptaan Allah yang paling bermakna dalam kehidupan manusia. Manusia mengunakan air untuk terus hidup di dalam kegunaan harian. Kehidupan manusia tanpa bekalan air boleh menyebabkan maut dan terancam. Bekalan air yang tidak sempurna juga boleh menyebabkan manusia dijangkiti penyakit dan wabak yang memudaratkan kehidupan.

Itulah yang terjadi kepada penduduk Kampung Iboi, Kupang, Baling. Sumber bekalan air harian mereka telah dicemari dengan selut dan lelehan air dari tapak pembalakkan. Boleh rujuk gambar dibawah.

Ini adalah air dari lata chelak yang bercampur selut..

Percayakah anda suatu ketika dulu ianya pusat perlancongan?

Ini waktu pembalakkan sudah mengila di ambil
Kat bawah ni pula gambar simpanan orang kampung sebelum aktiviti pembalakkan mengila oleh kerajaan negeri dimulakan.

lihat betapa jernihnya air

cantik air terjunnya..




Untuk pengetahuan semua, pembalakkan memang sudah dilakukan oleh kerajaan terdahulu (UMNO/BN), tetapi ianya dilakukan mengikut spek dan aturan menjaga alam sekitar. Sebab itu air Lata Chelak tak tercemar. Bukan macam sekarang, habis digondolnya Gunung Inas tu.

Untuk pengetahuan pembaca juga, Lata Chelak bukan hanya tempat rekreasi untuk bermandi manda, malah air sungainya juga merupakan sumber bekalan air bersih (sebelum ni bersih) kepada penduduk kampung Iboi. Gambar dibawah adalah tempat simpanan air dan paip yang disalurkan kepada seluruh penduduk kampung.



air yang ditadah dari paip bekalan air

Dahulunya, paip dan pam inilah punca airnya dari Lata Chelak digunakan oleh seluruh penduduk kampung sebagai bekalan air harian mereka, hampir 400 keluarga mengharapkan kegunaan air ini. Namun setelah tercemar, mereka berpakat dan membuat satu kolam tadahan dan rumah pam sendiri untuk kegunaan orang kampung.

Namun air dari Lata Chelak terlalu keruh dan kotor hingga kolam tadahan ini juga gagal untuk berfungsi menapis air yang keruh. Lihat kolam tadahan yang dibuat oleh orang kampung.

Kolam 1
Masih lagi di kolam 1, lihat airnya masih keruh..

keadaan di kolam 1
Ini pula kolam ke2 baru dibina untuk kegunaan penduduk
awat pulak diletakkan bendera BN di kolam ke2?
Disebalik cerita pencemaran air, terselit kisah yang amat pelik untuk kita yang waras ini fikirkan. Kenapa ada dua kolam tadahan, kolam 1 dan kolam 2? Apakah satu kolam tidak mencukupi untuk menampung air yang diperlukan penduduk kampung? Tidak.. jawapan sebenarnya ada disini.

Kisah yang amat tragis dan pelik berlaku apabila kolam tadahan 1, sudah menjadi HAK MILIK ORANG PAS SAHAJA!! bermakna, saluran paip dari kolam tadahan tersebut disalurkan HANYA untuk rumah ORANG PAS SAHAJA!!

Sedangkan orang UMNO hanya dibenarkan mengunakan Pam dan saluran lama yang telah teruk tercemar. Bila Mc tanya kenapa orang Pas tak benarkan mereka gunakan kolam tadahan 1 tu, salah seorang orang kampung pun jawab.

"Depa kata, lani depa berkuasa, tanah, air, balak dan apa pun depa punya, jadi sukahati depalah nak buat apa pun" kata seorang penduduk kampung mengajuk kata-kata dari wakil MKK Pas.

Disebabkan perkara bodoh yang diciptakan oleh penganut Pas tu. Para penduduk yang menyokong UMNO, diketuai oleh JKKKP telah memohon peruntukan dari tokey balak untuk membuat kolam tadahan ke2. Pada hari yang Mc membuat tinjauan, kolam tadahan tersebut baru siap dan masih belum berfungsi.

Maknanya, hingga sekarang penduduk kampung pro UMNO, masih lagi mengunakan Pam saluran lama yang telah teruk tercemar.

Mc pun pelik, politik punya pasal, hinggakan air pun dibahagi-bahagikan. Bukankah air dari Lata Chelak tu kurniaan dari Allah. Tak milik sesiapa.. kepunyaan hak pencipta, kenapa perlu di asing-asingkan Pas dapat dan UMNO tak dapat?

Pada mula Mc diberitahu perkara ini, Mc ingat ianya hanya gurauan. tapi bila penduduk kampung membawa Mc untuk meninjau kolam 1 dan 2. Mc rasa, politik sudah merosakkan penyatuan penduduk kampung. Bayangkanlah hinggakan bekalan air pun dapat dibeza-beza. Ini maknanya sudah KRITIKAL!!

Kenapa perkara seperti ini tidak pernah langsung berlaku ketika pemerintahan UMNO/BN selama 50 tahun yang lepas. Ianya hanya terjadi ketika pemerintahan Pas yang 4 tahun saja ni.

Apakah saudara atau saudari yang membaca artikel ini belum sedar akan sifat pelik penganut Pas? Mereka mentakrifkan Pas itu sebagai agama dan level mereka lebih tinggi dari orang lain. Maknanya, kalau anda bukan penganut Pas, anda tidak boleh duduk dengan mereka. Sebab itulah..hinggakan bekalan air pun mereka sanggup beza-bezakan. Masyallahh.. apa nak jadi dengan puak Pas ni.

PRU sudah dekat tiba.. mahukah anda yang dulu memilih Pas dan Pakatan Haram terus mengundi mereka? Atau mahu kembali kepada kerajaan dulu (UMNO/BN) yang telah mempelajari kesilapan mereka semasa pentadbiran mereka terdahulu?

Bagi pendapat peribadi Mc, Kedah akan hancur, lebur dan musnah jika Pas diberi mandat lagi sekali untuk memerintah. Apakah kita berani mengadaikan nasib kita?

Saudara fikirlah sendiri..

P/s: ini adalah pendedahan kecil mengenai kes Pembalakkan Gunung Inas.. banyak lagi yang kami akan dedahkan..




McTheory:
Baik bagi yang pandai buat kerja, dari pandai cakap saja.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pas ni kan pghuni syorga,jd pghuni syorga mana bole kongsi air dgn org biasa.Hehe.

JAKA berkata...

oops silap hamba termasuk jamban busuk puak umno la ..


sorry tuan...mohon berundur...busuk laaa

Tanpa Nama berkata...

Patutla tak ada negara di dunia yang di perintah oleh orang Islam menjadi maju & berjaya.

Malu & sedih di lahirkan Islam.

JAKA berkata...

bro hati2 kenyataan tu.

islam adalah beriman dgn Tuhan dan beramal soleh.

meningkat iman amal dan taqwa. itulah kemajuan dan kejayaan. jika dapat menguasai material lagilah bagus.

kalau bro sedih malu jadi islam sebb umatnya teruk...maka bro patut tidak ada agamalah sebab kristian pun ramai yg teruk, negara kristian amerika latin misalnya pun teruk.

semua agama ada org yg teruk dan mundur.

maka adakah bro nak jadi antiest atau free thinker. golongan itu juga ramai yg teruk.

maka bro nak makan apa? nak pakai apa? semua jenis makanan dan pakaian pun dimakan dan dipakai oleh semua golongan manusia yg baik dan yang teruk.

so sanggupkah bro tk makan dan tak berpakaian kerana ramai manusia islam atau agama lain yg makan dan pakaian tapi teruk?

maka nanti bro mait dalam keadaan telanjang....ini lagi teruuuuuuukkk bro!

bro pakai kereta apa? eh apa pun model kereta bro, mesti ada org jahat yg pakai model yg sama. apakah sanggup bro bakar kereta bro? lebih baik bagi hamba ok.

bro sudah pertingkat hubungan intim dgn Allah ke? secara peribadi sendirian tanpa org tahu.

bro sudah rasa ke hubungan baik dgn Allah walaupun jika satu dunia ini kafir?

relax bro..... jgn melihat agama dgn melihat umat ok.

lihatlah dulu agama dgn hubungan bro dgn Pencipta.

Tanpa Nama berkata...

salam penuh ukhwah..salam 1 m'sia

sy anak jati kg iboi..dan lama sudah menjadi pemerhati suasana di kg...

bukan dari hati..dari akal..apa yg sy nampak politik di kg kita mmg tidak matang baik org pas baik org umno...apa sahaja pembaharuan atau penambahbaikan dari pihak yg bukan pilihan mereka akan ditolak mentah2..walupn pembaharuan itu bagus..ini realiti sejak umno pegang lgi..dan begitu la sebaliknya..klu usul itu dari pihak sendiri..buruk mcm mner pn akan dikatakan baik...ini la politik kg kita.."harap generasi muda tidak meneruskan tradisi ni dan boleh berfikir lebih rasional"..sbb teknologi skrg luas..tv, surat khabar, internet dan bnyak lagi sumber yg boleh dipercayai..so baca n renung2 kn lah...

berbalik isu air..bnyak persoalan timbul slps baca tulisan mc...

pertama...betul ker ader org mengatakan kolam 1 hanya untuk org pas..dan klu betul adakah org itu org penting, atau org yg bertanggujawab memberi kebenaran atau setakat orang2 yg kurang ilmu dan terlalu fanatik.."org sebigini biasanya akan mmbuat provokasi-takkan nk guna pakai ckp org sebegini"

kedua..saudara mc dah semak ker snarai org kg yg guna paip kolam 1 ni..adakh penggunanya sume org pas..setahu sy ramai jgk org umno yg guna air dari kolam 1..nak sy listkn ker..;)

ketiga..cuba mc pegi ke rumah org2 umno n tanya sndiri..nper dia xnak amek air dri kolam 1..betul ker org pas x bagi..ker dia takut bila guna air dri kolam 1..dia dicop pas..klu dah jdi pas takut nnti dipulaukn org umno...

ni antara persoalan yang timbul..sy tidak menyebelahi mana2 pihak cuma sedikit kecewa. tidak boleh ka kita mencontohi org ditempat lain. politik2 jugak tpi jgn la sampai menyusahkan diri..atau berpecah belah...mende baik kita terima tidak kiralah dari saper..dan begitu la sebaliknya...seperti yang berlaku skrg..pencemaran air..sepatutnya kita dpt duduk semeja dan bersama2 berusaha menyelesaikannyer..bukan mmbuat provokasi..jika umno mempunyai pengikut yg fanatik..pas pn bgitu juga..klu begini keadaan jgn kata isu besar, isu sekecil padi pn blum tentu selesai...

Tanpa Nama berkata...

bodo punya manusia sesat sekor ni...kata tadi udah salah masuk umah umno dan mintak kuar sbb busuk tapi dok bersila dan siap minum dan makan lagi dirumah umno.....org mcm ini lah yg cukup menyesatkan....udah la sesat jahil dan banggang lak tu....mcm mane la ko leh jadi manusia dan tidak menjadi khinzir...kalau manjadi khinzir kan lagi bagus leh di makan oleh org2 kafir laknat....

Tanpa Nama berkata...

Yeah!... Pas maju dan trus maju..

anak islam berkata...

lu malu jadi orang islam , baik lu jadi anjing sbb anjing bkn manusia. baik lu murtad ar bro. dari gua anak islam.

Tanpa Nama berkata...

betul betul betul.... Gua sokong Anak Islam..!! jadi anjing lagi baekk!!!!! puiihh!!!! orang yang paling sial adalah orang yang malu d lahirkan sbgi Islam.... betul2 sial!!!

sygkn srwak berkata...

Kat srwak juga sma apa yng trjdi kt tmpt u all..kta BN baik...tpi BN lh prampas harta rakyat srawak....lgi plak nk skong BN..

Tanpa Nama berkata...

badigol kmu orng.bgi sya agama islam tak salah.tpi kmu orng melayu,kmu mnganggap kmu sdh sempurna.melayu sopan santun kunun.rupa2nya,kmulah yg kuat memaki hamun dgn orng..stupid btl.

Cara Menghilangkan Jerawat berkata...

Artikel yang sangat bermanfaat sekali, semoga artikel ini juga bermanfaat untuk orang yang sudah membaca.

.

Cara Menghilangkan Jerawat berkata...

Artikel yang sangat bermanfaat sekali, semoga artikel ini juga bermanfaat untuk orang yang sudah membaca.

.