Ahad, 10 Jun 2012

PANASS!! Apabila Ada Air Pas dan Air UMNO!! #SaveKedah #JijanBalak

Mesti pembaca blog Mc pelik dan hairan kenapa Mc tak habis-habis memainkan isu balak di Gunung Inas. Kali ni Mc 'bawakan' semula cerita kolam air UMNO dan kolam air Pas. Pada yang belum baca, boleh baca balik. Pada yang dah baca, ada video temubual bersama penduduk kampung untuk kukuhkan hujah Mc.

Dahulunya, paip dan pam inilah punca airnya dari Lata Chelak digunakan oleh seluruh penduduk kampung sebagai bekalan air harian mereka, hampir 400 keluarga mengharapkan kegunaan air ini. Namun setelah tercemar, mereka berpakat dan membuat satu kolam tadahan dan rumah pam sendiri untuk kegunaan orang kampung.


Namun air dari Lata Chelak terlalu keruh dan kotor hingga kolam tadahan ini juga gagal untuk berfungsi menapis air yang keruh. Lihat kolam tadahan yang dibuat oleh orang kampung.

Kolam 1
Masih lagi di kolam 1, lihat airnya masih keruh..

keadaan di kolam 1
Ini pula kolam ke2 baru dibina untuk kegunaan penduduk
awat pulak diletakkan bendera BN di kolam ke2?
Disebalik cerita pencemaran air, terselit kisah yang amat pelik untuk kita yang waras ini fikirkan. Kenapa ada dua kolam tadahan, kolam 1 dan kolam 2? Apakah satu kolam tidak mencukupi untuk menampung air yang diperlukan penduduk kampung? Tidak.. jawapan sebenarnya ada disini.

Kisah yang amat tragis dan pelik berlaku apabila kolam tadahan 1, sudah menjadi HAK MILIK ORANG PAS SAHAJA!! bermakna, saluran paip dari kolam tadahan tersebut disalurkan HANYA untuk rumah ORANG PAS SAHAJA!!

Sedangkan orang UMNO hanya dibenarkan mengunakan Pam dan saluran lama yang telah teruk tercemar. Bila Mc tanya kenapa orang Pas tak benarkan mereka gunakan kolam tadahan 1 tu, salah seorang orang kampung pun jawab.

"Depa kata, lani depa berkuasa, tanah, air, balak dan apa pun depa punya, jadi sukahati depalah nak buat apa pun" kata seorang penduduk kampung mengajuk kata-kata dari wakil MKK Pas.

Disebabkan perkara bodoh yang diciptakan oleh penganut Pas tu. Para penduduk yang menyokong UMNO, diketuai oleh JKKKP telah memohon peruntukan dari tokey balak untuk membuat kolam tadahan ke2. Pada hari yang Mc membuat tinjauan, kolam tadahan tersebut baru siap dan masih belum berfungsi.

Maknanya, hingga sekarang penduduk kampung pro UMNO, masih lagi mengunakan Pam saluran lama yang telah teruk tercemar.

Mc pun pelik, politik punya pasal, hinggakan air pun dibahagi-bahagikan. Bukankah air dari Lata Chelak tu kurniaan dari Allah. Tak milik sesiapa.. kepunyaan hak pencipta, kenapa perlu di asing-asingkan Pas dapat dan UMNO tak dapat?

Pada mula Mc diberitahu perkara ini, Mc ingat ianya hanya gurauan. tapi bila penduduk kampung membawa Mc untuk meninjau kolam 1 dan 2. Mc rasa, politik sudah merosakkan penyatuan penduduk kampung. Bayangkanlah hinggakan bekalan air pun dapat dibeza-beza. Ini maknanya sudah KRITIKAL!!

Kenapa perkara seperti ini tidak pernah langsung berlaku ketika pemerintahan UMNO/BN selama 50 tahun yang lepas. Ianya hanya terjadi ketika pemerintahan Pas yang 4 tahun saja ni.

Apakah saudara atau saudari yang membaca artikel ini belum sedar akan sifat pelik penganut Pas? Mereka mentakrifkan Pas itu sebagai agama dan level mereka lebih tinggi dari orang lain. Maknanya, kalau anda bukan penganut Pas, anda tidak boleh duduk dengan mereka. Sebab itulah..hinggakan bekalan air pun mereka sanggup beza-bezakan. Masyallahh.. apa nak jadi dengan puak Pas ni.

PRU sudah dekat tiba.. mahukah anda yang dulu memilih Pas dan Pakatan Haram terus mengundi mereka? Atau mahu kembali kepada kerajaan dulu (UMNO/BN) yang telah mempelajari kesilapan mereka semasa pentadbiran mereka terdahulu?

Bagi pendapat peribadi Mc, Kedah akan hancur, lebur dan musnah jika Pas diberi mandat lagi sekali untuk memerintah. Apakah kita berani mengadaikan nasib kita?

Saudara fikirlah sendiri..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

oreng isle sibuk cerita ini aku punya itu aku punya,cina dapigs pelan2 jer sapu semua kamu punya

Andy Zs berkata...

sebab fanatik la sayakuar Pas. Adik ipra sendiri mengakui dia masuk pas kerana nak masuk syurga. kalau tak masuk pas tak dapat masuk syurga. sebab itu penulisan tuan mengatakan kumpulan pas ini tidak dapat beza dan agama adalah betul.