Sabtu, 16 Jun 2012
PANASS DAN TERHANGAT!! Kes pembalakan Gunung Inas! Akhirnya MB Kedah, Shahabudin dan Sanusi KANTOI Menipu!!
Ini berita paling gembira bagi Mc dan rakan-rakan.. pendedahan kami selama ini mengenai Pembalakan Gunung Inas yang tidak mendapat EIA dari jabatan Alam Sekitar telah dibuktikan kebenarannya. Semalam Jabatan Alam Sekitar telah mengeluarkan arahan supaya PMBKed menghentikan serta-merta projek pembangunan kawasan Gunung Inas di Baling kerana tidak mendapatkan kelulusan dari JAS.
Ini bermakna, MB Kedah Azizan Razak, CEO PMBked dan Setpol Sanusi PEMBOHONG BESAR apabila mengatakan projek ini mendapat kelulusan EIA dan mengikut garis panduan yang ditetapkan. Bagaimana seorang Menteri Besar boleh berbohong dengan selamber mengenai perkara ini?
Malah mengarahkan konco-konconya turut berbohong untuk menghalalkan pembalakan haram di Gunung Inas ini.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) meminta Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) menghentikan serta-merta projek pembangunan kawasan Gunung Inas di Baling kerana tidak mendapatkan kelulusan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).
JAS menafikan bahawa pihaknya telah meluluskan laporan penilaian EIA bagi projek itu pada 2010 seperti didakwa oleh Ketua Pegawai Eksekutif PMBKed, Datuk Shahabudin Shafie.
"Laporan penilaian EIA bagi projek itu tidak diluluskan oleh JAS. Adalah penting perkara ini disemak terlebih dahulu oleh PMBKed dan apa-apa kerja di kawasan berkenaan hendaklah dihentikan serta-merta," kata kenyataan JAS di Putrajaya yang difakskan kepada Bernama di sini, Khamis.
JAS berkata demikian bagi mengulas kenyataan Shahabudin Selasa lepas bahawa penerokaan Hutan Simpan Gunung Inas telah mendapatkan kelulusan Laporan Penilaian EIA pada 2010 dan pihaknya akan meneroka lebih 5,000 hektar kawasan berkenaan untuk ditanam dengan getah klon balak dalam tempoh lima tahun.
Semalam, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberitahu media bahawa kerajaan negeri tidak akan menghentikan aktiviti pembalakan di kawasan itu kerana projek itu dilaksanakan mengikut garis panduan dan peraturan Dasar Perhutanan Negara. - BERNAMA
Tudiaa... kebenaran dah terbukti..nampak sangat pembohong-pembohong dah kantoi beradap!! Inilah doa dari orang yang teraniaya.. doa orang kampung yang telah disusahkan hidup mereka demi kenyangkan perut dan poket kroni dan kerajaan negeri.
Syabas Mc ucapkan pada semua yang membantu, ini pukulan HEBAT kepada Pas Kedah dan mendedahkan sifat sebenar mereka. Islam yang mereka laungkan tidak hanya sebagai lakonan politik untuk menjual undi. Hakikat yang sebenar, mereka lebih teruk dari UMNO yang selama ini mereka selalu buruk-burukkan!!
Terimalah video terbaik dari TMK khas untuk tatapan semua!!
McTheory:
Pembalakan demi wang yang sanggup mengorbankan rakyat!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 ulasan:
Itulah caranya buat kerja cara Isle....
Bohong SUNAT ala Tok Jijan....
isle pas apa pun bole walaupun menipu
Sekarang rakyat mahu lihat apa tindakan JAS dan Jabatan Hutan dalam hal ini...kerana kemusnahan dan kesusahan rakyat telah berlaku akibat kedegilan dan keras kepala PAS.
Kalau dua-dua jabatan ini membisu...giliran rakyat pula bertindak keatas kedua-dua jabatan ini atas dasar BERSUBAHAT.
Londeh lagi Mc...kita tengok besaq mana kemaluan depa
Azizan dgn Shahabudin kalau tak silap depa ni sepupu. Maksudnya kronism, bawa masuk saudara untuk pegang jawatan. Kedua-dua kaki kelentong. Dengar cerita depa urus kilang PKNK rugi berjuta. Inikan pula urus balak negeri.
penjenayah alam sekitar wajar menerima hukuman yang amat berat.
sebagai pemimpin mereka hanya mengarah tetapi hakikatnya kemusnahan hutan yang telah berlaku akan kekal musnah hingga jutaan tahun. Bukannnya boleh dibaiki atau dibuat semula.
Tiada apa pun yang dapat menggantikan harga keharmonian ekosistem Gunung Inas yang telah musnah tu. Ladang rakyat itu hanyalah cadangan yang belum tentu akan menjadi tapi yang dah pasti hutan rimba Kelas 1 yang akan menjadi belukar dan keuntungan besar dikaut oleh tauke balak.
Majulah Kedah dengan PAS!
Eh! ye ker??
Woi bodoh..tak tau cakap, diam la
Catat Ulasan