Ahad, 15 Julai 2012

EKSKLUSIF!! Pertumpahan Darah di Kampung Sungai Kob, Kulim, Kedah??!!

FRU rilekk sambil minum kopi..

Semalam gempar di Kulim dan kawasan sekitarnya. Apabila dikatakan berlaku pertumpahan darah dan kekecohan yang amat sangat di Kampung Sungai Kob tempat kontroversi Kubur Cina Kaya yang direstui oleh Pas Kedah.

Cerita sebenarnya, penduduk kampung Sungai Kob hanya membuat kenduri dan gotong royong kecil. Namun khabar angin yang menakutkan itu telah membuatkan IPD Kulim menghantar beberapa trak FRU dan juga beberapa anggota polis untuk memantau keadaan.

Mc tak kisah bab diatas tu, cuma apa yang peliknya.. ialah.. khabar angin yang disampaikan tu begitu cepat dan pantas. Malah khabar angin yang buruk-buruk saja mengenai penduduk Kampung disekitar Sungai Kob. Bahkan mereka dikatakan sedang bersiap sedia mahu berperang!

Sebenarnya mereka tidak begitu, itu hanya khabar angin.. siapa agaknya dalang yang selalu membuat dan menyebarkan khabar angin buruk mengenai penduduk Kampung sekitar Sungai Kob?

Mc sendiri pernah dihidang dengan cerita-cerita seperti penduduk kampung dah angkat bendera merah untuk berperang, penduduk kampung dah berjihad sanggup mati untuk pertahankan tanah kubur tu dan pelbagai lagi cerita cucuk-cucuk jahat yang mencemar nama penduduk kampung disekitar Sungai Kob.

Penduduk Kampung di Sekitar Sungai Kob perlu mencari dalang dan berjaga-jaga mengenai perkara ini. Kerana ramai yang telah diUPAH untuk memburukkan nama penduduk kampung. Akibatnya ia boleh menyebabkan orang Kedah didaerah lain menjadi benci dengan penduduk Kampung Sungai Kob yang dikatakan keras kepala dan tidak mahu memberi kerjasama dengan pihak berkuasa.

Hakikatnya penduduk Kampung sekitar Sungai Kob begitu sabar dan masih lagi berharap ada pihak yang datang membela mereka, lebih-lebih lagi dari UMNO. Jika kepada Pas mereka sudah tidak lagi percaya! UMNO seharusnya menghantar wakil rasmi untuk membantu penduduk kampung sekitar Sungai Kob yang sedang kesusahan dan dilema.


McTheory:
Itu permintaan mereka.. Mc hanya menyampaikan..

1 ulasan:

UMNO PARTI PENJARA berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.