ini anaknya.. |
Adakah Syed Hussein al-attas seoarang beragama SYIAH SESAT..??
- Beliau selalunya lebih mesra dipanggil sebagai Pak Habib....
- Bapa kepada Uncle Seekers (Syed Abdullah al-attas) yang menjadi hang jebat moden baru2 ini.
- Di dalam blog, beliau mengaku mewarisi Tariqat alawiyyin Rujuk: http://shalattas.blogspot.com/
- Merupakan seorang penulis buku politik yang popular
- Antara buku2 yang pernah ditulis oleh beliau ialah:
- Hantu Bukit Cina (1985)
- Musa Derhaka (1986)
- Siapa Lawan Siapa ? (Challenger) (1987)
- Revolusi Istana dan Rakyat (1989)
- Talqin Untuk UMNO (1988)
- Kabinet April Fool
- Mahathir Di Ambang Senja 1999
Saya tidak mahu membincangkan tentang pendirian beliau berkenaan politik.walaupun beliau lebih terkenal diantara pemikir2 politik yang bebas dalam menghentam parti pemerintah dan parti pembangkang di Malaysia.
Saya lebih berminat melihat beliau dari sisi akidah yang dibawa dalam penulisan2nya. Kerana disebalik semua ini ada sesuatu yg meragukan tentang akidah beliau. Mari kita baca tulisan2 beliau yang agak aneh:
"Akibat kegagalan saudara-saudara menjalankan amanah Allah, akibat terlalu mementingkan diri dan keluarga serta puak-puak sendiri, akibat cinta dunia dan takut mati telah memberi gambaran kepada umat Islam, bahawa raja-raja yang berketurunan Islam di seluruh dunia Cuma boleh bermegah-megah, disebabkan mereka terkenal sebagai orang-orang yang terkaya di dunia sedangkan jutaan muslimin dan muslimat diseluruh pelusuk dunia hidup dalam keadaan sengsara. Kemiskinan dan kebuluran telah meragut nyawa dan iman mereka. Inilah kesinambungan Muawiyahisme yang bermula dari Firaunisme.
Fikirkan bezanya keadaan hari ini dengan zaman Muawiyah menjadi raja dahulu? Dan Abu Hurairah menjadi ‘ulamanya’. Alhamdulillah umat Islam sudah bangkit dari tidur yang lebih lama dari peristiwa pemuda yang tidur di gua Al-Kaffe.
Pembunuhan beramai-ramai dilakukan oleh raja Arab Saudi dan Kuwait sambil bersekongkol dengan Amerika, akibat kekebalan yang ada pada mereka, Tuanku-Tuanku patut nasihat dan suruh mereka buang kekebalan itu sama."
"Muawiyah adalah orang yang mengaku sahabat Rasulullah SAW dalam masa yang sama telah melantik dirinya raja dan dengan menggunakan kuasa pedang memaksa rakyat menerima anaknya, Yazid sebagai Tengku Makhkota.
Pembunuhan dan penjenayah telah cuba mematikan Islam dengan menggunakan ‘kuasa kekebalan yang ada pada mereka’ adalah raja yang pertama dalam sejarah Islam yang menghapuskan sistem Khalifah. Keluarga Muawiyah yang telah membunuh hampir semua anak cucu Rasulullah SAW di karbala pada 10 Muharram, Hari Asyura."
"Firaun berlawan dengan Nabi Musa a.s. adalah sebaik-baik teladan yang boleh kita pelajari dari Al-Quran. Begitu juga contoh terbaru dari Iran dimana Almarhum Imam Ayatullah Rohullah Khomeini, pemimpin agung Islam (Shiah) berjaya menjatuhkan raja segala raja yang dibantu oleh kuasa-kuasa besar dunia, kini Iran menjadi Negara Islam yang maju terutama dibidang ilmu yang telah ditinggalkan oleh baginda Rasulullah."
Rujuk tulisan penuh di sini: http://shalattas.blogspot.com/2012/06/surat-terbuka-sh-alattas-untuk-raja.html
"Dalam dunia cuma ada dua jenis manusia dari keturunan Adam, sama ada DNAnya dari Habil atau Kabil. Ibrahim atau Namrud. Sama ada Musa a.s. atau Firaun yang mengaku Tuhan. Tuhan memilih bangsa Arab untuk jadi Nabi terakhir. Kaum Quraish terbahagi kepada dua kabilah Bani Hasyim atau Umaiyah, Muhammad SAW atau Abu Suffian, Ali atau Muawiyah, Husin atau Yazid yang cuba membunuh dengan kejam seluruh keluarga Nabi SAW di peristiwa Karbala. Dengan seorang saja yang hidup Imam Ali Zainal Abidin As-Sajjad, jutaan keluarga Rasulullah SAW hidup diseluruh dunia dan terus mengembangkan Islam. Apa jadi pada keluarga Muawiyah?"
"Demi cinta, kasihnya pada Rasulullah SAW berapa ramai pemimpin Islam yang seberani Almarhum Khomeini yang tidak akan membiarkan siapa saja menghina Muhammad SAW kekasih Allah yang membawa rahmat bagi sekian alam? ‘Syiah’ dibenci dan dianggap kafir oleh kelompok pro dajjal akibat mereka tak mengerti kenapa Ali dan keluarga ahlul bait Rasulullah SAW disayangi oleh mazhab Syiah yang diiktiraf oleh Sheikh al-Azhar. Inilah kelemahan umat Islam, kemiskinan spiritual dan kurangnya ilmu akibat tidak mahu membaca."
Tulisan penuh boleh rujuk disini: http://shalattas.blogspot.com/2010/07/shalattas-59-tuhan-seks-politik-2010.html
Syed Hussein al-attas sebelum ini pun memang terkenal dengan kesanggupan membela anak2 hasil nikah Mut’ah Abu talib Harun… sila rujuk : http://www.scribd.com/doc/24694453/Keturunan-Al-Attas-dan-Syiah
Membenci sahabat nabi seperti Muawiyah bin Abu Sufian tetapi mengangkat ulama syiah seperti Khomeini.....malah mengamalkan satu jenis tariqat yang bernama tariqat alawiyyin....
Renung-renungkan..
Sumber asal dari Abu Aqif. Tulisan merah adalah petikan dari tulisan Syed Hussien. Mc harap, pembaca faham apa yang tersirat dalam tulisan beliau.
McTheory:
Syiahh.. semakin lama semakin menonjol..
4 ulasan:
korg ni bt la research sikit..bpk dia tu, semayang pun blm tntu reti?..haha
Mat, betulkah tu gambar bapa dia, macam tak betol.. nama mungkin sama rupa mungkin lain?
Bro, salah gambar tu..bapak dia ada rambut panjang..Prof Syed Hussin tu idola aku..apa da
kupasan bagus tapi gambar tu dah salah,itu yang bro siar tu gambar seorang pemikir islam Malaysia yang kira bagus tu. Saya rasa yang bro maksudkan dalam tulisan ini tu si Syed husin Al attas yang rugged , rambut panjang, pernah juga jadi pelakon tambahan selain sebagai penulis buku politik yang suka meramal politik, malah pernah ramal Ustaz Ashaari AlArqam bakal perdana menteri selepas Dr, Mahathir. Rumahnya juga besar dan cantik di Johor tu.... dia ni baru muka mirip-mirip bapa pada uncle seeker... so lain kali hati-hati ye bro... saya suka sikap anda yang kritis.
Catat Ulasan