Isnin, 16 Julai 2012

PANASS!! Artis Masuk Pas Disanjung! Akhirnya ada juga ahli Pas yang Menentang!

"

Wahai pejuang agama Allah, tetaplah kamu dengan tali Allah. Usahlah terpesona dengan artis.

Saya mulakan dengan bait diatas agar ia menyapa benak kita yang cintakan Allah, Rasul dan Islam.

Beberapa waktu terakhir ini, kita melihat satu kecenderungan baru yang mengujakan. Sesiapa pun akan terkesima dengan perkembangan ini. Artis masuk PAS. Tanpa menyebut nama-nama mereka (yang sudah pun dimaklumi umum), saya menyeru kepada pencinta Islam agar bermuhasabah diri tentang hal ini.

Bila kita menelusuri sirah Rasulullah saw, telah ada beberapa orang ahli syair (seperti artis zaman ini) yang memeluk Islam. Cthnya, kaab bin zuhair, abu zuaib al-huzali dan hisan bin thabit.

Antara mereka kaab bin zuhair yang paling masyhur. Kaab pernah dihalalkan darahnya oleh Baginda saw kerana menghina Baginda saw dan Islam lewat syair-syairnya. Namun, akhirnya dia telah datang memeluk Islam.

Satu perkara penting saya minta kita bermuhasabah ialah selepas mereka Islam, Baginda saw tidak sekali-kali mengutamakan mereka lebih dari sahabat-sahabat lain yang telah lama berjuang untuk Islam. Dengan sebab itu, bagi mereka yang biasa dengan sirah Rasul dan sahabat, nama-nama mereka bertiga kurang dikenali berbanding dengan nama-nama seperti Abu Bakr, Umar, Usman dan Ali radiallahu anhum. Renungkanlah bagaimana Rasulullah saw tetap mengutamakan sahabat yang memerah keringat dan berjasa kepada Islam sejak sekian lama walaupun Baginda saw tidak menyekat minat mereka untuk terus berkarya dalam syair mereka.

Justeru, saya menyeru kepada semua pejuang Islam contohilah pendekatan Rasulullah saw ini.

Artis yang datang kepada kita adalah untuk MENTARBIAH DIRI MERAKA SENDIRI dan BUKAN UNTUK MENTARBIAH ORANG LAIN. Meraka mengakui bahawa mereka bergelumang dengan segala onak noda kehidupan artis, tiba-tiba bila memakai tudung, atau memakai kupiah serban lalu kita angkat mereka di pentas-pentas ceramah seolah-olah mereka adalah pejuang islam yang sebenar.

Pejuang sebenar adalah alim ulama, ustaz, orang kampung yang tidak punya nama, menggantung poster untuk pas tanpa upah hanya mengharap reda Allah dan ingin melihat Islam tertegak di bumi Allah ini.

Contohilah sunnah Rasulullah saw dalam urusan artis.

Mereka datang untuk mentarbiah diri mereka sendiri. Bukan mentarbiah kita.

Kita sudah punya Allah, Rasul dan para ulama Rabbani.

Bila seorang artis wanita berseloroh nak cari jodoh ustaz, gegak gempita para ustaz tak lena tidur, ter angan angan mendapatkannya. Janganlah terpesona dengan perkara ini wahai pencinta agama Allah. Telah ada beberapa artis yang datang kepada kita berkopiah berserban akhirnya kembali kepada tabiat asalnya.

Renunglah lagi teguran Allah kepada Rasulullah saw (surah ‘Abasa) ketika Baginda saw mengutama pembesar quraish dan mengabaikan sahabat yang buta, Abdullah bin ummi maktum. Pada logiknya, tindakan Baginda saw betul kerana sekira pembesar quraish itu memeluk Islam, pasti para pengikut mereka akan ramai memeluk Islam. Namun Allah mahukan Baginda saw mengutama si buta yang tidak punya nama iaitu Abdullah bin Ummi Maktum.

Nah ambil pengajaran dari kisah ini wahai pencinta agama Allah. Sama ada yang datang itu adalah pemimpin tertinggi atau pun artis tersohor, Islam tetap diperjuangkan oleh mereka yang lemah dan tidak punya nama namun ikhlasnya paling tinggi di sisi Allah.

Berapa ramai para sahabat syahid dijalan Allah dan kita tidak mengetahui nama-nama mereka namun kerana pengorbanan mereka Islam tertegak."

Sumber Mc ambil dari SINI sebuah portal pembangkang. 
Rupanya masih ada yang waras dalam Pas ni.. ingat semua dah gila!! he he..

Tiada ulasan: