Isnin, 23 Julai 2012

TUDIAA!! Beli Saham FGVH, Ustaz Azizan Berbohong Lagi!! #TukarKedah



Pada Azizan Razak, mungkin selepas mengarahkan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) menjual kembali saham FGVH berjumlah 500,000 unit itu, maka isu akan selesai dan dia tidak akan dipersalahkan lagi dalam hal tersebut.

Kata Azizan, dia sebagai Pengerusi PKNK tidak dimaklumkan langsung mengenai pembelian saham FGVH itu oleh para pegawai anak syarikat kerajaan negeri itu dan keputusan untuk membeli saham tersebut tidak dirujuk padanya.

Dalam ertikata lain, Menteri Besar Kedah itu mendakwa dia tidak tahu apa-apa mengenai pembelian saham tersebut dan tidak terlibat sama sekali mengenainya…

Mungkin Azizan fikir dengan menyalahkan CEO dan para pegawai PKNK maka PAS tidak akan marah padanya dan dia tidak akan dituduh cuba mensabotaj kempen membantah penyenaraian saham FGVH di Bursa Malaysia yang dipelopori Mazlan Aliman dan Mat Sabu.

Namun Azizan tidak sedar bahawa rakyat, khususnya rakyat negeri Kedah, juga tidak bodoh untuk menilai kebenaran di sebalik pembohongan yang dibuat oleh Menteri Besar mereka.

Malah saya percaya bahawa Mat Sabu, Mazlan Aliman dan kepimpinan PAS yang mengaku “terluka” atas pembelian saham tersebut akan menjadi lebih parah apabila mendapat tahu bahawa berkemungkinan besar bahawa Azizan telah berbohong kepada mereka.

Agak menyentap jantung Azizan Razak apabila bekas Menteri Besar Kedah, Mahadzir Khalid tampil menempelak Azizan dengan mendakwa bahawa ketua “kultus agama PAS” di Kedah itu telah berbohong mengenai kenyataannya yang kononnya tidak tahu langsung mengenai isu tersebut.

Menurut Mahadzir yang pernah menjawat jawatan Pengerusi PKNK, sebarang urusan pengeluaran cek yang bernilai lebih dari RM1 juta yang mestilah ditandatangani oleh Pengerusi PKNK dan kelulusannya tidak boleh diputuskan oleh CEO.

Justeru, beliau melahirkan rasa hairan apabila Azizan mendakwa dia sebagai Pengerusi PKNK tidak tahu apa-apa memandangkan dia perlu menandatangangi cek untuk membeli saham tersebut.

Lagipun, hakikatnya jika Azizan Razak tidak menandatangani cek itu, sudah tentu PKNK tiada wang untuk membeli saham FGVH yang bernilai lebih dari RM1.3 juta itu.

Sebenarnya, saya tidak tahu apakah hukum untuk melakukan pembohongan di dalam “agama PAS”. Namun Islam sebenarnya melarang sama sekali para penganutnya untuk berbohong dan sekiranya melakukan juga pembohongan maka dosa pelakunya akan dicatatkan malaikat.

Selain itu, bangsa Melayu juga melarang keras pembohongan berdasarkan beberapa peribahasa, pantun dan ungkapa lamanya. Sebagai contoh, “Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri”.

Saya fikir, ramai juga yang diajar oleh ibubapa masing-masing bahawa menipu itu dilarang sama sekali dan mungkin ada dikalangan kita yang ditakutkan ibubapa masing-masing bahawa Allah akan memotong lidah mereka jika berbohong.

Namun, Pesuruhjaya PAS Kedah ini berbohongkah dalam hal menandatangani cek bernilai lebih sejuta ringgit untuk membeli saham FGVH itu?

Atau Azizan lupa, tidak ingat, nyanyuk atau sedang mengigau ketika diberikan cek bernilai jutaan ringgit itu untuk ditandatangani?

Saya harapkan agar Azizan berterus terang di dalam hal ini. Kalau dia tahu, katakan dia tahu. Dia juga tidak perlu menyalahkan orang lain, menafikan kebenaran dan menipu dalam hal tersebut seolah-olah dia tidak tahu. Kalau tahu, katakan tahu…

Saya sering mengingatkan Menteri Besar Kedah itu untuk bekerja dengan cara Islam sebagaimana yang dia katakan kepada seorang wartawan pada satu sidang DUN tidak lama dulu.

Namun selepas Azizan herdik wartawan tersebut, dia pula dibuktikan dan dibongkarkan Allah melakukan kerja dengan tidak ikut ajaran Islam yang sebenar. Mungkin Azizan Razak ikut ajaran “agama PAS”, kot?

sumber MyKMU

1 ulasan:

QalamQabut berkata...

Sebenarnya, saya tidak tahu apakah hukum untuk melakukan pembohongan di dalam “agama PAS”.

Hukumnya dapat pahala la Tok Det oiii. Lebih2 lagi kalau buleh tolong memba setongkoi. Tidak kalau pasai apa Tantawi nak mohong tak tentu pasai.

Tapi Tok Jijan dapat pahala kecik saja, pasai selamatkan diri sendiri saja. Yang dapat pahala nala punya besaq la ni Nik Beduh, pasai ajak rakyat pi makan angin ke Putrajaya.