Selasa, 11 September 2012

EKSKLUSIF dan PANASS!! Khatib Pas Mimpi Rasullulah Sokong Anwar Jadi PM!!

hiasan semata

Mc mendapat email dari seorang penduduk Padang Serai yang selalu bersolat Jumaat di Masjid Padang Serai. Disebabkan beliau salah seorang dari anak 'kariah' kawasan tersebut, mahu atau tidak, beliau sering bersolat Jumaat di sana walaupun khutbah yang dibuat oleh AJK Masjid Padang Serai sering bercampur politik dan menghina kerajaan pusat.

Bagai alah bisa tegal biasa, beliau dah lali dengan semua itu. Namun selang beberapa hari raya yang lepas. Ada khatib dari luar memberi khutbah di masjid tersebut. Dari mana dipanggil, atau nama apa, beliau tak beberapa ingat, namun apa yang jelas didalam kepalanya ialah, bila Khatib tu menyebut,

"Musyridul Am Ikhwanul Muslimin bermimpi berjumpa dengan Rasulullah SAW, di mana, Rasulullah menyeru rakyat Malaysia menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia" lebih kurang begitulah kata-kata khatib tersebut.

Lihatlah betapa teruknya permainan agama yang ditunjukkan oleh puak Pas laknattulah ini. Mereka mengunakan nama Allah untuk menghalalkan segalanya. Mereka sanggup menipu dan berbohong semata-mata untuk meraih undi dan menangi pilihanraya.

Percayakah anda dengan kata-kata Khatib tersebut?

Jika benar Musyridul Ikhwanul Muslimin berjumpa dengan Rasullulah, kenapa tidak dimaklumkan kepada media, media perdana dan kepimpinan Pas Pusat untuk dimasukkan Harakah mengenai 'nasihat' yang Rasullulah sampaikan pada beliau?

Atau cerita itu hanya rekaan semata-mata untuk menipu orang kampung? Kalau di bandar dah tentu kena halau. Mungkin dia tahu masjid tu berdekatan dengan Sungai Kob tempat kontroversi kubur cina atas tanah melayu yang diluluskan oleh Pas Kedah.

Demi menarik balik sokongan, menipu dan membohong dengan mengadaikan agama pun boleh, janji orang sanggup undi Pas.

P/s: teruk betui la puak Pas ni, makin lama makin sesat!!


McTheory:
Jangan lepas ni, ada pulak yang mengaku menerima wahyu dari Malaikat Jibrail pulak!!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

memang songsang dah Pas ni...

dulu ada org Pas kata Allah memerintahkan Pas tawan putrajaya..agak2nya org tu dapat wahyu dari ke Allah... hebatt.. dah mcm nabi plak dapat wahyu

sekarang org2 Pas buat cite jumpa nabi yg sokong nuar jadi PM.. hebat jugak org2 Pas ni

kerana putrajaya sanggup mempermain2kan kononnye dapat wahyu dari Allah utk tawan putrajaya..??

kerana taksub pada manusia yg mengatakan semua agama adalah sama sanggup mengaku jumpa nabi yg sokong org tu jadi PM..??

Pas semakin rosakkk...

Tanpa Nama berkata...

Saya sendiri pulak mendengar khatib masjid sungai Dua P Pinang mengatakan bahawa diakhir zaman, orang fasik dan kafir adalah penolong untuk memenangkan parti islam, memenangkan islam. Ini tidak lain merujuk kpd Dap dan Pkr.
Begitu sekali berani berbohong demi katanya untuk melaksanakan islam dlm pemerintahan, bagi mereka, Allah mungkin memaafkan mereka kerana mereka berniat baik. Semoga Allah jauhkan kita dari kesesatan yang kini sangat ketara dibawa oleh puak2 perosak agama.

Tanpa Nama berkata...

Kita takut bala Allah turun disbbkn puak2 Laknatullah ini terus mainkan agama Allah. Xbuat HUDUD Allah Tahu kemampuan kita tiada tp permainkan agama ini dosa sgt besar dan boleh jatuh MURTAD!!

Tanpa Nama berkata...

bawa dia nie masuk hospital tg rambutan n tampoi banyak lagi katil kosong...susah sangat sumabt dalam perigi buta