Khamis, 20 September 2012

PANASS!! Bila Orang Pas Kata Azizan Razak, MB Kedah Tak Layak Jadi Calon Lagi!! #TukarKedah


Diatas ni adalah kenyataan dari seorang Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah. Malah beliau juga merangkap penulis Harakah serta blogger Pas Kedah dialam maya ini. Mc pun pelik, atas kapasiti apa beliau menyatakan pandangan peribadi beliau seolah-olah mahu menyatakan hasrat hati dalam maksud yang lain.

Apakah si Zulkifli Yahaya ini, khaskan kata-katanya itu untuk MB Kedah Ustaz Azizan?

Disebabkan umum sudah tahu bahawa, Zulkifli Yahaya ini diantara orang kuat yang menyokong Phahrolrazi. Baru beberapa hari yang lepas Phahrol mengeluarkan kenyataan di media, mengatakan, tiada komplot yang mahu menjatuhkan Ustaz Azizan.

Tup tup, hari ni, ada seorang dari salah seorang, orangnya bernada lain pulak.

Belum berapa hari dah kantoi pulak.

Kami kat Kedah ni tahu sangat la, permasalahan diantara Phahrol dan Azizan. ianya sering berlaku, ugut mengugut, malah sudah ada pergaduhan, ditambah pula dengan khabar yang mengatakan Azizan sering sakit sekarang ini akibat perbuatan 'halus' Phahrol. Ini bukan Mc yang kata, tapi orang Pas yang bagitau.

Jadi bila Phahrol keluarkan kenyataan di media dengan mengatakan, 'takdak' apa-apa dah tu, maknanya pembohong betui la tu. Tapi itulah skill Phahrol, depan cakap lain  belakang cakap lain. Kalau tidak, takkanlah dia selalu buat sidang media dua kali.

Apa pun, orang kuat Phahrol si Zul Yahaya ni, dah buktikan bahawa, puak Phahrol mahukan Azizan tidak bertanding pada PRU kali ini. Kalau tak, untuk siapa lagi kenyataan diatas ditujukan? he he..


McTheory:
Yang tua, Azizan dengan Taulan saja.. Taulan dah tarik diri.. jadi tak faham-faham lagi!

Tiada ulasan: