Ahad, 16 September 2012

TUDIAA!! Zed Zaidi Bongkar Rahsia Artis Pakatan!!


Sekali ceramah dapat RM 2 ribu ...kalau sebulan dah berpuluh ribu . Patut la Bob Lokman boleh pakai Toyota Alphard selepas masuk PAS . Tak mustahil la lepas ini Ostazah Abby akan mengikut langkah yang sama .

Dok dalam ceramah PAS lagi banyak masyuk duit  daripada jadi berlakon .. kerana lagi banyak derma oleh pencacai2 , lagi lah banyak pulus masuk ...


Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menyifatkan golongan selebriti ‘berubah’ yang dijemput menyampaikan ceramah agama parti politik hanyalah untuk memperoleh imbuhan semata-mata kerana mereka dibayar puluhan ribu ringgit sebulan terutama menjelang pilihan raya.

 Ketika dihubungi semalam beliau berkata, perubahan seseorang selebriti kembali menghayati agama adalah perkara baik dan dialu-alukan, tetapi tindakan menyertai parti politik dan mengkritik kerajaan ketika berceramah jelas menjejaskan institusi pentadbiran kerajaan.

 “Kalau mereka (artis) mahu membetulkan keadaan, seharusnya melalui undang-undang sedia ada bukanlah sewenang-wenangnya menghentam kerajaan,” katanya umum kepada golongan artis yang sudah ‘insaf’ dan berubah. Zed mendakwa setiap kali hadir memberikan ceramah agama, artis terbabit ‘dibayar’ kira-kira RM2,000 dan pendapatan bulanan mampu mencecah puluhan ribu ringgit,” katanya. - GPB

Tiada ulasan: