User Online

Politics Blogs

Post Terbaru!!

Kempen LIKE Page!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Rabu, 21 November 2012

EKSKLUSIF!! Kerajaan Pas Kedah Nak Gadai KUIN Pada Orang Luar!! #TukarKedah

Ramai yang tertanya-tanya benarkah berita Kerajaan Negeri Kedah akan menjual KUIN kepada syarikat swasta. Cerita kerajaan negeri ni nak jual KUIN sebenarnya dah lama tersebar. Malah kepada siapa mereka nak jual pun Mc dah tahu.

Individu yang mahu membeli KUIN itu namanya Sya'ya Othman, bekas CEO Insaniah Holding. Mc dah dapat maklumat ini tempohari, namun kini diperkuatkan lagi dengan kenyataan dari DS Mahadir Khalid.

Mula-mula dulu ingat benda ni sekadar kabar angin, tetapi ketua pembangkang Kedah dah bersuara.. maknanya memang ada kebenaranlah..


Hari tu, Datuk Seri Mahdzir Khalid mendakwa pengurusan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) akan diambil alih oleh sebuah syarikat swasta.

Beliau mendakwa kerajaan negeri Kedah telah menerima surat dari sebuah syarikat antarabangsa berkenaan dengan pengambil alihan pengurusan Kuin sejak dua bulan lepas.

“Ada surat menyurat dari syarikat swasta kepada kerajaan negeri Kedah berhubung dengan proses pengambilalihan Kuin dari kerajaan negeri kepada syarikat swasta.

“Kita minta kerajaan negeri memberi penjelasan mengenai surat tersebut,” katanya

Beliau berkata, pengambilalihan itu akan memberi kesan kepada pelajar kerana pihak swasta sudah pasti mahu mengaut keuntungan yang tinggi berbanding dengan kerajaan negeri.

Mc nak tambah sikit lagi. Di fahamkan, jalan cerita ni diilhamkan oleh Ustaz Azizan dan Jamil sendiri.. mereka dah tak tahan nak tanggung KUIN yang saban hari dibelenggu hutang yang bertimbun-timbun.

Perancangan mereka tu memang bagus, duit kerajaan negeri pun mungkin akan bertambah. Tapi...apabila mereka menjual KUIN kepada syarikat swasta, ini bermakna KUIN akan diswastakan pelajarannya. Fahamlah bila dah swasta, yuran dan segalanya yang berkaitan dengan wang akan naik secara mendadak, untuk menampung kos pelajaran.

Mana ada syarikat swasta yang sanggup rugi? yang jadi mangsa nanti adalah, pelajar-pelajar KUIN sendiri. Bagaimana nasib mereka kelak apabila yuran pelajaran dan kos di KUIN akan meningkat naik? Tak dapat Mc fikirkan.

Malah yang paling sedihnya ialah, rakyat Kedah kehilangan sebuah IPT yang dimajukan oleh kerajaan negeri, namun tergadai disebabkan 'kecuaian' dan 'kebodohan' pentadbiran kerajaan negeri.

Sedihh sedihh..

McTheory:
Apa lagi yang tinggal? Semua dah gagal..

0 Komen Pembaca:

Kempen LIKE!!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Popular Posts

Arkib Blog

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review